Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol RON97 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 turun sebanyak enam sen seliter kepada RM2.58...

4 Lelaki Ditahan Ketika...

SUNGAI PETANI - Empat lelaki berumur lingkungan 19 hingga 25 tahun ditahan dalam Operasi...

Pemandu Muslim Tawar Teksi...

LONDON – Simpati dengan nasib menimpa mangsa tragedi letupan di Arena Manchester kelmarin,...

Ziyad Tambah Tetamu Majlis...

SEMUA maklum bahawa salah seorang pemenang pingat emas pada Sukan Paralimpik Rio, Muhammad...

Kes Bunuh Jong-nam Dibincang Pertemuan 2 Hala

MANILA – Isu seorang wanita warganegara Vietnam yang dihadapkan di mahkamah Malaysia atas pertuduhan membunuh warga Korea Utara Kim Jong-nam turut dibincang semasa pertemuan dua hala di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc di sini, hari ini.

Najib berkata penjelasan dipohon oleh perdana menteri Vietnam berkenaan warganegaranya itu yang menghadapi pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un itu.

“Perkara ini saya telah terangkan bahawa ini proses perundangan kita dan dia (tertuduh) akan diberi segala hak dan juga pertimbangan seadil mungkin.

“Beliau faham yang kita ada proses perundangan di Malaysia, namun beliau berharap fakta akan timbul bahawa tertuduh telah diperalatkan dan itu kedudukan (tertuduh) bahawa dia telah dipergunakan dan dimanipulasi” kata Najib kepada wartawan Malaysia bila ditanya reaksi perdana menteri Vietnam.

“Itu pendirian mereka, tetapi ia perlu perlu melalui proses perundangan di Malaysia. Biar mahkamah tentukan. Beliau yakin dengan proses perundangan di Malaysia,” katanya.


Wanita Vietnam itu Doan Thi Huong bersama-sama warganegara Indonesia Siti Aisyah didakwa di mahkamah di Malaysia pada 1 Mac lepas atas pertuduhan membunuh Jong-nam di Balai Berlepas Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lalu menggunakan agen saraf VX.

Najib berada di Manila untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-30. – BERNAMA

Kategori