Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Tak Mungkin… Ismail Izzani...

PENYANYI Ara Johari memberitahu ada peminat Ismail Izzani yang memintanya tidak menjalinkan sebarang...

7 Pakar Forensik PDRM...

PUTRAJAYA - Tujuh pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Kiev, Urakine...

Trump: Bintang Politik Pop...

MINGGU pertama Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) dipenuhi dengan pelbagai arahan...

Adakah Ini Ahli Bomba...

ADAKAH ini ahli bomba wanita yang paling `hot’ di dunia? Melihat kepada wajah...

Kes Hina Bapa Watson: Marsha Mohon Maaf

PENGACARA bersama program Sukan Tak Sentral, Marsha Milan Londoh menyatakan permohonan maafnya terhadap bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek dan ahli keluarganya seperti yang dititipkan hos itu menerusi laman Instagramnya semalam.

Dalam rancangan tersebut, Marsha bertindak selaku pengacara bersama dengan Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan.

“Assalamualaikum, dengan rasa rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga atlet yang telah mengharumkan nama negara, saudara WATSON NYAMBEK dan semua yang terkesan dengan persembahan kami dalam program SUKAN TAK SENTRAL.

“Terima kasih diucapkan di atas komen-komen yang membina serta sokongan padu dari anda semua. Semoga kejadian ini dapat dijadikan panduan untuk kami agar lebih peka dengan sensiviti masyarakat sekeliling.

“Dengan itu, saya dan juga pihak produksi ingin memohon maaf sekali lagi dan amat menyesali dengan apa yang telah berlaku dan akan memastikan kesilapan ini tidak akan berulang lagi demi kesejahteraan semua,” tulis hos berusia 32 tahun itu.


Semalam Primeworks Studios Sdn Bhd menerusi sidang medianya berkata telah menggantung perkhidmatan pengacara dan krew produksi Sukan Tak Sentral susulan kontroversi mempersendakan nama bapa Watson seperti seekor binatang.

BACA:  Pengacara, 6 Kru Sukan Tak Sentral Digantung Kerja

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar turut berkata rancangan tv bergenre komedi itu juga telah dibatalkan serta merta penayangan dan penerbitannya selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori