Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pompous Albert Kucing Paling...

KUCING daripada baka Selkirk ini dikenali sebagai mesra dan jinak, tetapi anda tidak...

Pelajar Sekolah Pun Merasuah

PUTRAJAYA - Perlakuan rasuah turut berlaku di sekolah serta melibatkan murid, demikian dedah...

Pesawat Terbesar Di Dunia...

PESAWAT komersial terbesar di dunia, Antanov 225 bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Malaysia Di Landasan Betul...

JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia...

Kesihatan Puntung, Si Badak Sumatera Membimbangkan

KOTA KINABALU – Seekor daripada tiga ekor badak sumbu Sumatera yang ada di Malaysia, Puntung, kini kritikal berikutan terdapat abses (bengkak yang bernanah) di dalam rahang atasnya yang tidak bertindak balas terhadap rawatan antibiotik.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) Augustine Tuuga berkata keadaan itu membimbangkan kerana terdapat tanda-tanda bahawa jangkitan itu agak dalam dan mungkin merebak lebih dalam.

“Kami bimbang dengan ‘sepsis’, jangkitan yang boleh merebak dengan cepat melalui badan dan menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance Datuk John Payne berkata kehilangan Puntung nanti akan menjadi satu tragedi kerana badak sumbu betina itu berpotensi mengeluarkan telur untuk disenyawakan bagi beberapa tahun lagi.

“Kami menjangkakan Puntung berumur sekitar 25 tahun. Badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat kira-kira 35 tahun,” katanya dan menambah doktor veterinar Dr Zainal Zahari Zainuddin telah menjaga Puntung sejak haiwan itu ditangkap dan kini melakukan yang terbaik untuk merawat Puntung.

Sabah merupakan habitat kepada hanya tiga ekor daripada berpuluh ekor badak sumbu Sumatera yang kini semakin diancam kepupusan dan bakinya berada di Indonesia.


Borneo Rhino Alliance, sebuah badan bukan kerajaan yang diberikan kontrak oleh SWD, menjaga kesemua tiga ekor badak sumbu tersebut di Santuari Badak Sumbu Borneo di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu.

Puntung ditangkap pada 2011 dan mendapati haiwan itu adalah badak sumbu liar terakhir yang tinggal di kawasan itu, sekali gus membolehkan badak betina itu mengawan dengan badak jantan, Tam, dalam kandang berpagar, bertujuan mencegah kepupusan spesies berkenaan.

Bagaimanapun, Puntung didapati mempunyai sista teruk yang melapisi rahimnya dan sukar diubati, menyebabkan haiwan itu tidak dapat bunting.

Sejak 2014, dengan penangkapan seekor lagi badak sumbu betina di Sabah, usaha telah dilakukan untuk cuba menjadikan embrio badak menerusi persenyawaan in vitro dengan menggabungkan sperma dan telur di dalam makmal. – BERNAMA

Kategori