Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pakej Berbaloi MyUmrah Sempena...

SEKARANG sedang berlangsunya Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair) September...

Lebih 97,000 Graduan Terima...

TUARAN - Lebih 97,000 graduan menerima manfaat dan mendapat pekerjaan semenjak program Skim...

UMNO Ada Rekod Cemerlang...

KUALA BERANG - Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah mencipta rekod yang...

Banjir Di Temerloh Beransur...

KUANTAN - Keadaan banjir di Temerloh beransur pulih dengan satu pusat pemindahan sementara...

Ketepi Ideologi Politik, Duduk Bincang Hak Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah mahu semua pihak termasuk pembangkang mengenepikan ideologi politik dan bersama-sama duduk berbincang dalam menentukan hak Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata perkara itu adalah amat penting bagi memastikan apa sahaja keperluan dan kebaikan untuk diperoleh Sabah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Katanya ini termasuk memberi kerjasama dalam Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 yang turut menjemput pembangkang melihat mana-mana hak Sabah yang perlu dituntut daripada kerajaan Pusat.

“Dalam menuntut hak Sabah dan meminta apa-apa daripada kerajaan Persekutuan, kita tidak membezakan antara pembangkang mahupun kerajaan. Kita sama-sama.”

Kami dalam jemaah menteri kerajaan negeri menerima apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Sabah, mengapa tidak…Mari kita duduk semeja, fikir dan bincang. Kita mungkin berlainan ideologi tetapi untuk kebaikan Sabah, kita perlu bersama minta kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang kita perlukan,” katanya.

Musa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri menyenaraikan secara terperinci setiap hasil negeri yang dimasukkan dalam kutipan hasil kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah menjemput 17 parti politik bagi menghadiri pendengaran yang diadakan di bangunan DUN pada 26 Jan lepas.


Sepuluh parti politik termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), DAP dan PKR telah menghantar wakil dan memberi pandangan serta pendapat mereka berkenaan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Sembilan daripada 10 parti politik tersebut telah mengemukakan hujah bertulis. Prosiding pendengaran itu turut direkod secara verbatim dan laporan prosiding disediakan dengan bantuan urusetia DUN,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu telah mengadakan satu lagi mesyuarat pada 24 Mac lepas bagi membuat penyediaan laporan yang akan dibentang di mesyuarat jemaah menteri negeri sebelum dimajukan kepada Jawatankuasa Pemandu peringkat kebangsaan dalam masa terdekat.

“Pada masa ini, penyediaan laporan sedang dalam peringkat akhir,” katanya.

Teo menjawab soalan asal Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu perkembangan proses penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri. – BERNAMA

Kategori