Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

BAM Tunggu Laporan Penuh...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menunggu laporan penuh status kecederaan pemain perseorangan...

Mayat Seorang Pelajar Lemas...

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas di kawasan lubuk sungai...

Penduduk Sulawesi Berdepan ‘Disedut’...

KUALA LUMPUR - Selepas dilanda gempa bumi dan dibadai tsunami pada Jumaat lalu,...

Wan Azizah Hasut Ahli...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha memujuk Ahli Parlimen Barisan...

Ketua Polis Kelantan Meninggal, Serangan Jantung

KOTA BHARU – Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur petang Ahad.

Allahyarham berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 3.45 petang di sisi isteri dan anak-anaknya.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kelantan, Superintenden Shaikh Azhar Shaikh Omar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak kelmarin akibat komplikasi jantung.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Badak, Bachok untuk dikebumikan,” katanya.


Allahyarham mula bertugas sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai 2016 selepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Ab. Rahman bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman. – Berita Harian

Kategori