Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Ugut Bunuh...

KUANTAN - Polis menahan seorang penjawat awam petang semalam kerana disyaki mengugut untuk...

Teaser “Driftmob” Ini Mungkin...

Adakah mustahil untuk membuat kareografi drift di jalan raya yang sebenar?Bagi sekumpulan pelagak...

Salut! Remaja Islam Selfie...

SEORANG gadis muslim mencuri perhatian dunia apabila bergaya 'comel' dengan mengambil selfie di...

Siapa Lim Wei Jiet...

"Inilah Lim Wei Jiet, calon Parti MUDA untuk DUN Tenang. He is one...

Kilang Barang Lusuh Di Ijok 80 Peratus Terbakar

SHAH ALAM – Sebuah kilang barangan lusuh di kawasan perindustrian Batu 22, Ijok di Kuala Selangor mengalami kerosakan teruk dalam satu kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, tiga pegawai dan 24 anggota dari empat balai bomba berdekatan dihantar ke lokasi dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9.30 malam.

“Namun, kebakaran yang menjejaskan 80 peratus kilang itu hanya dapat dikawal enam jam selepas itu iaitu kira-kira pukul 3.48 pagi.

“Operasi masih belum ditamatkan kerana masih terdapat sisa-sisa kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Bagaimanapun, beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya ketika dihubungi berkata pihaknya masih lagi menjejaki pemilik kilang untuk membantu siasatan mengenal pasti punca kejadian. – BERNAMA

Kategori