SELEPAS insiden rompakan di Paris, bintang sensasi Kim Kardashion nekad untuk tidak lagi menunjuk kekayaannya di laman sosial.
Kim yang ditemubual menerusi program Ellen DeGeneres, berkata, peristiwa tersbeut benar-benar memberi satu pengajaran buat dirinya dan keluarga.
“Insiden itu seharusnya terjadi kepada saya kerana ia mengajar saya tentang kehidupan. Saya akui tindakan saya memamerkan barang-barang mewah itu mengundang padah,” ujarnya.
Tambah Kim, apa yang dia lakukan dahulu sama seperti pengguna laman sosial lain yang mahu berkongsi tentang pencapaian dirinya dalam membeli barang-barang mewah tersebut.
“Hal itu tidak bermanfaat, saya tidak akan menayang barang-barang di laman sosial itu. Saya sudah berubah kerana peristiwa pahit itu,” ujarnya. – mStar Online