Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Boleh Rakam Video,...

KUALA TERENGGANU - Penerima vaksin tidak dibenarkan merakam video ketika disuntik vaksin Covid-19...

Bini Dibelasah Suami Setiap...

INI memang suami durjana. Lelaki ini, Pedro Heriberto Galeano akan memukul bininya setiap...

Selesai Segera Masalah Sekolah...

PUTRAJAYA: Kerajaan kini menumpukan usaha untuk segera menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh...

“Ikan Bilis Harga RM2.24,...

SEBAGAI pengguna, anda perlulah sentiasa memeriksa resit bayaran yang diberi agar tidak berlaku...

Kisah Si Lobo, Setia Temani Anggota Esscom Di Pulau

LAZIMNYA amat jarang dapat melihat anjing jalanan sanggup membantu pasukan keselamatan apabila sedia bertugas seumpama anjing K-9 yang biasa ditemui dalam perkhidmatan polis.

Namun sesuatu yang mungkin luar biasa apabila ada seekor anjing terbiar disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai teman anggota keselamatan di Pulau Mataking, Semporna, Sabah.

Uniknya, anjing yang dinamakan sebagai Lobo ini dikatakan ‘setia’ menemani pegawai dan anggota Batalion 14, Pasukan Gerakan Am PDRM dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) setiap kali melakukan rondaan bersama.

Kisah Si Lobo, Setia Temani Anggota Esscom Di Pulau

Menurut anggota terbabit, Lobo tanpa gagal akan mengekori pasukan rondaan ketika mereka berjalan kaki memantau keadaan persekitaran seolah-olah haiwan itu menjadi sebahagian daripada ahli pasukan tersebut.


Selain Lobo, terdapat tiga ekor lagi anjing sepertinya yang menghuni pulau tersebut dan memilih untuk menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ besar petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Secara kebetulan, ia seperti baka German Shepherd yang lazim digunakan pihak polis dan kini menjadi seumpama petugas di Pos Gabungan PDRM-RAMD ATM dalam menjaga keselamatan pulau tersebut. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori