Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Neelofa Sudah Dirisik PU...

KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal, Neelofa dikata sudah dirisik oleh guru, pelakon dan...

Pingat Perak Sangat Bermakna...

SEPANG - Pingat perak Olimpik yang diraih pemain beregu lelaki negara, Tan Wee...

PKR Mohon Maaf Fitnah...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada Tan Sri Abdul...

Video: Pemuda Kelantan Fasih...

JARANG sekali kita dapat berjumpa dengan orang Melayu boleh berbahasa asing dengan fasih, tetapi berlainan pula...

Kit Siang Takut Isytihar Kedudukan Dalam PH

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menempelak penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana takut untuk mengisytiharkan kedudukannya dalam gabungan Pakatan Harapan.

Salleh, yang juga Bendahari Umno, berkata dalam Umno, hirarki kepimpinan adalah jelas berhubung siapa yang menjawat jawatan nombor satu, nombor dua dan nombor tiga.

“Sekurang-kurangnya dalam Umno, kami jelas tentang hirarki dan tentang siapa yang mengeluarkan arahan. Keadaannya tidak sama bagi Pakatan Harapan,” katanya dalam catatan terkini menerusi blog sskeruak.blogspot.my pada Khamis.

Salleh berkata dalam Pakatan Harapan, mereka bersembunyi di belakang perkataan ‘penasihat’ dan pada masa sama, membuat semua keputusan seorang diri, sepertimana yang lazimnya dilakukan oleh diktator.


“Semua (pemimpin) yang disebut sebagai penasihat ini tidak dipilih dan perkataan lain bagi pemimpin yang tidak dipilih adalah diktator,” katanya. – BERNAMA

Kategori