Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jemaah Umrah Tarik Nafas...

SHAH ALAM - Jemaah umrah sudah pastinya menarik nafas lega apabila mereka dapat...

Dana Politik: Saya Hanya...

JOHOR BAHRU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerimaan dana politik merupakan...

RM810 Juta Untuk Kebajikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM810 juta khusus untuk kebajikan masyarakat...

Kem Pemerdagangan Di Wang...

ALOR SETAR - Kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan...

KJ Lepaskan Larian Baton Bangkit Bersama Di Thailand

BANGKOK – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyertai Larian Baton Bangkit Bersama sempena Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN 2017 di sini hari ini.

Walaupun hujan renyai, beliau menyertai rakan sejawatannya dari Thailand Kobkarn Wattanavrangkul melepaskan peserta larian sejauh 24 kilometer (km) di hadapan Stadium Tertutup Huamark di sini.

“Walaupun setiap negara diminta untuk menganjurkan Larian Baton 10km, Thailand, jiran terdekat kita, mengadakan larian terpanjang dengan peserta teramai,” katanya semasa majlis perasmian larian itu hari ini.

Ini katanya, menunjukkan hubungan rapat antara Malaysia dan Thailand kerana kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-60 hubungan dua hala tahun ini.

Khairy berkata Malaysia melihat Thailand dari segi kecemerlangan sukan kerana negara itu telah memenangi banyak pingat emas di pertandingan sukan peringkat tertinggi.

Walau bagaimanapun, beliau berjanji akan memberikan yang terbaik untuk atlet Thailand semasa Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos ini dan Suka Para ASEAN pada September.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Thailand kerana berjaya menganjurkan larian baton itu, Khairy juga menjemput semua rakyat Thailand agar datang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan dan menyokong pasukan mereka semasa dua acara sukan utama di rantau Asia Tenggara itu.


Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-8, dikenali sebagai ‘Kuala Lumpur 2017’ akan diadakan masing-masing dari 19 hingga 31 Ogos dan 17 hingga 23 Sept.

Destinasi Larian Baton Bangkit Bersama seterusnya akan diadakan di Vietnam bulan ini.

Sementara itu, Kobkarn dalam ucapannya semasa majlis perasmian itu berkata sukan perlu dirai dan disertai oleh semua orang dan tidak boleh dihalang oleh mana-mana kepercayaan politik.

Usaha Malaysia menganjurkan larian baton pertama di seluruh rantau ini bersempena Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN harus dipuji dan diharap ia akan diteruskan oleh pihak pengajur yang lain, katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain dan Gabenor Lembaga Sukan Thailand Sakon Wannapong. – BERNAMA

Kategori