Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pelik.. Pelik.. Harga Promosi...

HENDAK ketawa jadinya melihat promosi yang ditawarkan pasaraya ini.Selalunya barang promosi memang dinanti-nantikan...

Hukum Berjenaka Lucah Dan...

Sudah semestinya ia bukan sesuatu yang elok untuk dilakukan.

Bahaya… Biar Pagar Rumah...

TIDAK jangka aktiviti bersih anjung rumah dengan pagar terbuka mengundang bahaya apabila seorang...

Armishah Taruhan BN Saingi...

LANGKAWI: Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan bekas Setiausaha Sulit kepada tiga Menteri Besar Kedah,...

Kerajaan Negeri Terima Surat Letak Jawatan Latif

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan pihaknya sudah menerima surat peletakan jawatan Datuk Abd Latif Bandi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini.

Beliau berkata surat peletakan jawatan itu memaklumkan Abd Latif melepaskan semua jawatan rasmi dalam kerajaan negeri.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Johor menghormati keputusan yang diambil oleh beliau.

Keputusan itu sudah pastinya berdasarkan penilaian yang terbaik untuk semua pihak. Saya berharap proses keadilan dapat berlangsung mengikut peruntukan undang-undang yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamed Khaled turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Abd Latif di atas jasa dan khidmat baktinya sepanjang bertugas dengan kerajaan negeri.

Selain itu, kerajaan negeri berharap dan mendoakan segala urusan Abd Latif selepas ini dipermudahkan dan berjalan lancar.


Petang tadi, Abd Latif menerusi syarikat guamannya Adzly & Co. mengumumkan peletakan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri susulan pendakwaan kes rasuah ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dalam prosiding mahkamah itu, beliau, bersama seorang perunding hartanah, didakwa dengan 33 pertuduhan melibatkan rasuah bernilai RM30.3 juta.

Abd Latif, 51, bercuti daripada portfolionya sejak 1 Mac lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap skandal rasuah hartanah di Johor.

Dia kemudian ditahan sewaktu memberi keterangan berhubung kes itu kepada SPRM di ibu pejabat agensi itu di sini pada 9 Mac. – BERNAMA

Kategori