MIRI – Klinik Kesihatan Long Seridan yang menyediakan khidmat kepada komuniti kaum Penan serta penduduk kampung sekitarnya ranap dalam kebakaran pada petang ini.
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan kebakaran berjaya dipadamkan pada 4 petang.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau ketika dihubungi Bernama mahu Kementerian Kesihatan menyegerakan pembinaan semula klinik tersebut yang telah beroperasi lebih 20 tahun.
“Alternatif yang ada untuk penduduk perkampung Long Seridan ialah klinik kesihatan yang ada di Long Kovok dan Long Bedian yang mengambil masa dua hingga lima jam perjalanan darat kerana menggunakan jalan balak,” katanya. – BERNAMA