Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Awas! Udang Palsu Masuk...

SEBELUM ini, ada sahaja laporan mengenai makanan palsu dari China yang masuk ke dalam...

Mata Kabur Perlu Cermin...

WANITA ini, Stephanie Downing menyangka anaknya memerlukan cermin mata selepas matanya kabur namun...

5 Barangan Keperluan Asas...

PADANG TERAP - Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa harga barangan lima...

Pulak Dah.. Page FB...

JIKA anda lihat di laman sosial tatkala ini, rata-rata dipenuhi dengan kecaman netizen terhadap...

Kogilavaanan Kembali Bimbing Badminton Kemboja

KUALA LUMPUR – Bekas pemain badminton Selangor, N. Kogilavaanan kembali membuat kemunculan untuk terus mengangkat sukan badminton Kemboja.

Jurulatih berusia 25 tahun itu yang sebelum ini berada di Phnom Penh selama tiga tahun sejak 2013, telah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad berkenaan oleh Persekutuan Badminton Kemboja.

Ketika kali terakhir berada di Kemboja, beliau berjaya membimbing pemain perseorangan lelaki, Tep Chanmara dan pasangan beregu lelaki Nguon Kanora/Teav Yong Vannak untuk mara ke suku akhir pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Pada Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos depan, matlamatnya sebagai jurulatih adalah untuk membimbing anak buahnya mara ke separuh akhir dan meraih sekurang-kurangnya satu pingat.

“Matlamat peribadi saya adalah untuk membantu meningkatkan fizikal, psikologi dan sosial pemain. Saya mahu mereka memenangi setiap kejohanan yang disertai walaupun kemenangan itu sukar.

“Ini peluang terbaik bagi saya berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam badminton. Saya sentiasa berpegang kepada falsafah, atlet diutamakan, kejuaraan adalah perkara kedua,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selepas khidmat pertamanya berakhir tahun lepas, Kogilavaanan kembali ke Malaysia dan menjadi jurulatih di Akademi Badminton Destiny di Klang selama 11 bulan, sebelum ditawarkan dua tahun kontrak sejak akhir Februari lepas, dengan tawaran lebih menarik.

Jurulatih bertauliah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Tahap 1 itu, kini membimbing tujuh pemain badminton lelaki dan wanita, berumur antara 17 dan 27 tahun, berharap anak buahnya mampu melakar keputusan lebih baik pada Sukan SEA kali ini.

Beliau berkata antara cabaran dihadapi di Kemboja adalah untuk menghimpunkan pemain bagi menjalani latihan kerana mereka sibuk dengan pengajian di sekolah dan kolej.


“Senario di sini sangat berbeza berbanding di Malaysia, amat sukar menghimpunkan kesemua pemain dalam satu masa. Maka, saya terpaksa membuat jadual latihan berasingan bagi mereka.

“Selain itu, program latihan skuad kebangsaan juga berbeza. Kerajaan hanya membenarkan atlet menjalani latihan selama enam bulan dalam setahun, manakala baki enam bulan lagi, mereka perlu bekerja untuk menyara kehidupan.

“Jadi, agak sukar untuk mengumpul pemain dalam tempoh enam bulan. Saya perlu memberi motivasi dan menggalakkan mereka untuk meneruskan latihan,” katanya.

Di samping itu, Kogilavaanan berkata beliau juga pergi ke beberapa dari 25 wilayah di Kemboja dan kawasan luar bandar untuk berkongsi pengetahuan dan pengalamannya bersama jurulatih dan pemain setempat semasa tempoh enam bulan tanpa latihan itu.

Menetap jauh dari kampung halaman, Kogilavaanan mengakui beliau merindui anggota keluarganya dan juga makanan hidangan daun pisang yang menjadi kegemarannya.

“Di sini, saya tidak boleh memilih dalam soal makanan seperti di Malaysia. Saya perlu menyesuaikan dengan apa yang dihidangkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori