Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malakoff Pertimbang Tambah Loji...

KUALA LUMPUR - Malakoff Corporation Bhd, yang mula disenaraikan di Papan Utama, berhasrat...

Asus Zenfone Baru, Fokus...

Asus dijangka sedia untuk memperkenalkan beberapa telefon pintar baru di bawah keluarga Zenfone pada...

1.17 Juta Permohonan i-Lestari...

SEHINGGA 12 April 2020, kerajaan meluluskan 1.17 juta permohonan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan...

SPR Siap Sedia Hadapi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berada dalam keadaan siap sedia sekiranya berlaku...

Korban Banjir, Tanah Runtuh Peru Kini 113 Mangsa

LIMA – Angka korban terkini banjir dan tanah runtuh di Peru sejak awal tahun ini meningkat kepada 113 orang termasuk lima mangsa yang terbunuh hujung minggu lalu, kata pihak berkuasa semalam.

Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan dalam laporan terkini berkata, saintis percaya, bencana alam itu ada kaitan dengan fenomena iklim ‘El Nino pantai’ yang mengakibatkan lebih 178,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Lebih sejuta kediaman rakyat rosak manakala 2,500 kilometer jalan raya musnah.

Presiden Pedro Pablo Kuczynski berkata, negara Amerika Selatan itu memerlukan sejumlah AS$9 bilion (RM40 bilion) untuk pembinaan semula dan memodenkan kawasan terjejas.

Masalah sama melanda Colombia, apabila tiga sungai dinaiki air membawa bersama longgokan lumpur dan batu, membanjiri dan meranapkan bandar selatan Mocoa 31 Mac lalu, meragut 323 nyawa termasuk lebih 100 kanak-kanak, menurut laporan terbaru semalam.


Saintis berkata, cuaca melampau akibat pemanasan setempat di Lautan Pasifik di sepanjang pantai Amerika Selatan.

Ia mencetuskan kesan yang sama dengan fenomena pemanasan lautan ‘El Nino’ yang mengakibatkan malapetaka di benua Amerika setiap beberapa tahun. – AFP/BH ONLINE

Kategori