Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Luahan Pengadu Mengenai MA...

BERIKUT adalah pengalaman salah seorang pembaca Mynewshub yang membawa sahabatnya untuk mendapat rawatan...

Dadah: Wanita Ukraine Dipenjara...

GEORGE TOWN - Nasib tidak menyebelahi seorang wanita warga Ukraine berusia 24 tahun...

Majikan Diminta Beri Pelepasan...

TUMPAT - Kerajaan Kelantan meminta majikan pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Piala AFF: ‘Aura’ Final...

KUALA LUMPUR - Walaupun kecewa tidak dapat menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF...

Korban Tragedi Runtuhan Sampah Di Sri Lanka 32 Orang

COLOMBO – Angka kematian akibat kejadian runtuhan sampah di Sri Lanka meningkat kepada 32 orang pada Rabu dengan lapan lagi masih hilang, lapor agensi berita China Xinhua.

Pusat Pengurusan Bencana berkata, operasi mencari dan menyelamat di tapak pelupusan sampah Meethotamulla masih diteruskan.

Dalam kejadian itu beberapa buah rumah tertimbus selepas timbunan sampah runtuh pada Jumaat.

Kebakaran juga berlaku di tempat kejadian dan Tentera Udara telah dikerahkan untuk memadamkan api.

Sejak beberapa bulan lalu, penduduk di kawasan berkenaan telah membantah dan menggesa pihak berkuasa memindahkan sampah ke lokasi lain.

Susulan tragedi, kerajaan mengumumkan tiada lagi lambakan sampah di Meethotamulla.


Timbalan Menteri Luar Harsha de Silva berkata, masalah runtuhan sampah itu berlaku akibat daripada masalah sejak beberapa dekad mungkin selama 20 tahun.

Beliau berkata, walaupun bayaran telah dibuat supaya penduduk berisiko di kawasan tanah runtuh untuk berpindah malangnya mereka tidak berbuat demikian.

Presiden Maithripala Sirisena mengarahkan para pegawai memberikan bantuan sebaik mungkin kepada penduduk yang terjejas. – BERNAMA

Kategori