Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

IWK ‘Hargai’ Pelanggan Hantar...

SYARIKAT Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) merupakan syarikat terkemuka yang diamanahkan untuk...

Kerajaan Hentikan Harga Siling...

ALOR GAJAH – Kerajaan berkemungkinan tidak akan meneruskan perlaksanaan harga siling ayam bulat...

Persediaan Peperiksaan Ulangan UPSR...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan berpuas hati persediaan yang dilakukan pihak sekolah bagi...

Janna Heroin Baru, Bakal...

PELAKON yang hangat bak pisang goreng panas, Fattah Amin sering kali dikaitkan dengan...

KPDNKK Rampas 194 Tong Gas LPG Bernilai RM51,332

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas 194 tong gas petroleum cecair (LPG) dianggar bernilai RM51,332 dari sebuah premis penyimpanan serta penjualan di Kampung Baru Tambak Bunga, Kuala Kedah, di sini pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kedah Shamsul Nizam Khalil berkata pemeriksaan oleh tujuh anggota penguat kuasa KPDNKK pada pukul 10 pagi itu mendapati premis berkenaan telah beroperasi tanpa kebenaran dan tidak mempunyai lesen sah.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang merupakan pemilik premis berkenaan telah ditahan.

“Kita menyita 163 tong gas LPG pelbagai jenama, 31 tong kosong dan sebuah lori yang digunakan untuk menghantar gas LPG,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Shamsul Nizam, pihaknya juga telah mengenal pasti syarikat yang membekalkan LPG kepada premis tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap pembekal kerana membekalkan LPG kepada pihak yang tidak mempunya lesen yang sah.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan LPG dengan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurus niaga barang kawalan berjadual LPG tanpa lesen sah. – BERNAMA

Kategori