Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PM Mahu SJKC Tingkat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penguasaan bahasa...

Ekonomi Malaysia Kukuh, KDNK...

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia akan berkembang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)...

Lagi Serangan Roket Di...

BAGHDAD - Zon Hijau di ibu negara Iraq yang menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat...

NGO Singapura Tubuh Bank...

SINGAPURA - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Persatuan Jamiyah Singapura berjaya menubuhkan...

Langgar Kontrak: Azrel, Risteena Disaman RM1.5 Juta

SUBANG JAYA – Pelakon Azrel Ismail dan Nur Risteena Munim, masing-masing berdepan tuntutan saman ganti rugi RM1.5 juta kerana didakwa melanggar kontrak produksi, JNI Creative Sdn. Bhd.

Menurut wakil peguam JNI Creative, Mohd. Fadly Hashim, produksi itu memberi tempoh 14 hari kepada dua pelakon Yes Sir Nak Pergi Mana? terbabit untuk menjawab notis yang dikeluarkan mereka, hari ini.

Notis tuntutan dikeluarkan kerana dua pelakon tersebut didapati melanggar kontrak apabila gagal menghabiskan baki penggambaran dalam tempoh ditetapkan JNI Creative yang menerbitkan drama lakonan mereka.

“Malah, kenyataan mereka yang mendakwa konon pihak produksi belum menjelaskan bayaran tertunggak dan membuat laporan polis turut mencalarkan reputasi produksi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama ialah wakil JNI Creative, Muhibbudin Ahmad. Mengulas lanjut isu tersebut, Muhibbudin mengaku kecewa dan terkilan dengan kenyataan dikeluarkan kedua-dua pelakon itu, yang didakwa tidak benar.

“Seperti dinyatakan dalam kontrak, semua pelakon akan dibayar secara empat peringkat. Sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan dibayar pada hari pertama mereka berada di lokasi.

“Manakala bayaran kedua iaitu 20 peratus pula sebaik sahaja selesai penggambaran 15 episod. Sebanyak 35 peratus lagi akan dibayar apabila semua 30 episod drama itu selesai.


“Sementara baki 15 peratus pula akan dijelaskan pada hari pelancaran drama berkenaan. Bagaimanapun dalam hal ini, Azrel dan Risteena hanya menyiapkan 13 episod.

“Dan sebagai pelakon utama, keengganan mereka meneruskan penggambaran berbaki 17 episod lagi membuatkan kos semakin meningkat, sekali gus membuatkan produksi menanggung kerugian,” jelas Muhibbudin.

Namun begitu, pihak produksi masih membuka peluang kepada dua pelakon terbabit untuk duduk berbincang dan tidak menolak kemungkinan tuntutan saman itu ditarik balik jika kata sepakat dicapai oleh kedua-dua pihak.

Minggu lalu, Azrel dan beberapa pelakon serta kru drama itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Selangor, kerana mendakwa produksi berkenaan gagal melunaskan baki bayaran. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori