Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rundingan Bebaskan 4 Mangsa...

KOTA KINABALU - Rundingan untuk membebaskan empat rakyat Malaysia yang diculik oleh sekumpulan...

Gugur Kes Kren Tumbang...

MAHKAMAH Arab Saudi pada Khamis menggugurkan kes terhadap 13 tertuduh yang dibicarakan berhubung...

FIFA Haram Blatter Dan...

ZURICH - Presiden FIFA, Sepp Blatter dan ketua bola sepak Eropah (UEFA), Michel...

Maut Selepas Main Video...

CHINA – Bermain video game selama 19 jam tanpa henti dikatakan punca seorang...

Langgar Lampu Isyarat: Penunggang Motosikal Maut

KUCHING – Akibat melanggar lampu isyarat, seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di persimpangan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce-Jalan Badruddin di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa Mohammad Asrulnizam Rahman, 23, didapati turut membawa dua pembonceng.

“Hasil siasatan mendapati motosikal jenis Yamaha SS2 dari arah Jalan Taman Budaya menuju Jalan Pisang telah berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Axia dari arah Jalan Satok menuju ke Batu Tiga di tengah kawasan lampu isyarat.”

“Mangsa dipercayai maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala manakala dua pemboncengnya iaitu Mohamad Asraff Isadi, 13, dan Danial Azhar Ahmad, 14, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bingkok berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kecuaian penunggang motosikal tersebut yang melanggar lampu isyarat merah dan membawa pembonceng melebihi had.


“Bagaimanapun pemandu kereta Abdul Manab Tani, 29, bersama tiga penumpang tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan. – BERNAMA

Kategori