Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU15: Pengundian Di Padang...

KUALA LUMPUR : Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan berikutan kematian seorang...

Akhirnya.. ‘Mat Sabu &...

AKHIRNYA, setelah beberapa bulan menimbulkan spekulasi berkenaan penubuhan parti baru oleh pemimpin 'terbuang'...

Umat Islam Di Perak...

IPOH - Seluruh umat Islam di negeri Perak disaran melaksanakan solat sunat gerhana...

Unit Khas Pertahanan Siber...

KUALA LUMPUR - Sistem dan rangkaian pertahanan negara dilihat lebih kukuh dengan penubuhan...

Langkah Lulus RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Tepat

KUALA LUMPUR – Langkah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 adalah tepat pada masanya berikutan peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Presiden Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM), Datuk Dr. Raj Abdul Karim berkata rang undang-undang itu akan digunapakai untuk melindungi dan menjamin keselamatan semua kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk mereka membesar dengan selamat.

“Setiap kanak-kanak berhak menikmati peluang untuk membangun dan mencapai potensi maksimum mereka dalam kehidupan, oleh itu rang undang-undang ini memberi kesempatan terbaik untuk meningkatkan kesedaran mengenai perlunya melindungi kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Rang undang-undang itu, yang antara lain, menganggap kanak-kanak sebagai saksi kompeten dalam kes jenayah seksual dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said minggu lepas.

Rang undang-undang tersebut, bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual, terpakai kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001.


“MKKM juga menggesa penguatkuasaan yang lebih ketat untuk mengesan dan menyiasat mana-mana orang yang disyaki memiliki bahan lucah atau bahan penderaan seksual kerana aktiviti ini tersorok ketika kanak-kanak terus dieksploitasi,” kata beliau.

Mengenai mangsa rogol terdiri daripada kanak-kanak, Raj berkata mereka perlu diberi peluang untuk pulih, mengembalikan semula keyakinan untuk membina semula kehidupan bagi masa depan yang lebih baik. – BERNAMA

Kategori