Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 2 Jam Kanak-Kanak...

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang hilang dilarikan perompak...

Polis Paksa 20 Mat...

KUALA TERENGGANU - Cari pasal! Dua puluh remaja terpaksa menolak motosikal mereka sejauh...

KKM Alu-Alukan Sumbangan Tunai,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan orang ramai menyalurkan sumbangan tunai...

KKM Bincang Dengan JPA...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam...

Lapangan Terbang Kulim Siap Dalam Beberapa Bulan Lagi

KAJANG – Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa berkaitan sedang menjalankan kajian bebolehlaksanaan cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang akan disiapkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Wira Othman Aziz semalam.

Menurut Othman, cadangan pembinaan lapangan terbang itu akan membantu menampung peningkatan kedatangan pelancong di kawasan utara, yang sekarang ini ditangani oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Kami perlukan sebuah lapangan terbang yang baharu di wilayah utara, dan kami sedang menimbangkan cadangan untuk membinanya di Kulim, tetapi keputusan hanya akan dibuat selepas kajian ini selesai,” katanya selepas melancarkan Laporan Pasaran Hartanah 2016 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Penilaian dan Harta Dr Rahah Ismail.


Sementara itu, ketika bercakap mengenai pembangunan Forest City di Johor Bahru, pemaju terbabit tidak akan ditawarkan tambahan insentif untuk menyiapkan projek tersebut.

“Kami tidak boleh lagi terus menawarkan insentif sehingga kepada keadaan yang sendiri tidak mampu. Kami tidak boleh mewujudkan dasar-dasar yang akan menyebabkan kerugian kepada negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori