Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penyewa Pemalas, Rumah Penuh...

SEORANG wanita telah dihalau keluar dari apartmennya di Thailand selepas dia menjadikan rumah...

Seludup Burung Dalam Batang...

JAKARTA - Empat lelaki didakwa di sebuah mahkamah di sini, kerana cuba menyeludup...

Setiausaha Politik Kit Siang...

SHAH ALAM - Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Syahredzan Johan...

KPM Minta SPR Tidak...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) mengulangi pendirian meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

Larian Baton KL 2017 Praakhir Di Jakarta Selesai

KUALA LUMPUR – Larian Baton Bangkit Bersama Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sampai ke garisan penamat bagi peringkat praakhirnya di Jakarta, hari ini.

Jakarta, bandar raya paling ramai penduduk di rantau ini, merupakan ibu negara kesembilan di Asia Tenggara yang menjadi tuan rumah larian berkenaan, setelah Bandar Seri Begawan, Manila, Vientiane, Yangon, Bangkok, Hanoi, Dili dan Phnom Penh berjaya mengadakannya dalam tempoh lapan hujung minggu lepas.

Menurut Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), larian itu bermula pagi ini di ibu pejabat Kementerian Belia dan Sukan Indonesia apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk M. Saravanan menyerahkan baton kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Dr. Raden Isnanta.

Kemudian, Raden menyerahkan baton itu kepada bekas jaguh acara badminton beregu lelaki dunia Luluk Hadiyanto, yang berlari bersama ratusan pelari dan penunggang basikal menuju ke Stadium Gelora Bung Karno, yang sedang dilakukan pengubahsuaian untuk menghadapi Sukan Asia 2018.

Hadiyanto kemudiannya menyerahkan baton itu di hadapan tugu Jendral Sudirman kepada pemegang rekod acara larian 100 meter Sukan SEA, Suryo Agung, yang mencipta rekod berkenaan pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Dengan diiringi beribu-ribu pelari di bandaraya Jakarta yang bebas daripada kenderaan, Suryo membawa baton itu melepasi dua pusat pemeriksaan iaitu di Bundaran Hotel Indonesia dan tugu MH Thamrin, untuk mengakhiri larian di Stadium Nasional.

“Apabila kami tiba di Jakarta, kami terasa sudah agak hampir dengan bemulanya Sukan SEA. Ia hanya lebih kurang 100 hari saja lagi.


“Hari ini, setelah berakhirnya Larian Baton di Jakarta ini, kami berjaya menyemarakkan semangat kebersamaan di rantau ini. Lebih 600 juta orang mungkin sudah merasai semangat Sukan SEA. Satu semangat baharu ASEAN tercipta dalam bidang sukan,” kata Saravanan.

Sementara itu, Raden berkata Larian Baton itu berjaya mengeratkan lagi ikatan antara negara anggota ASEAN, di samping memberi semangat kepada penduduk rantau ini supaya meletakkan sasaran lebih tinggi dan menjadikan kehadiran mereka lebih dirasai di peringkat antarabangsa.

Di samping larian itu, orang ramai juga dihiburkan dengan pelbagai acara seperti bola sepak gaya bebas, persembahan kesenian dan persembahan Tanjidor di sepanjang laluan sejauh 9.6km itu, menurut kernyataan itu.

Larian Baton Bangkit Bersama akan berakhir di Singapura minggu depan (13 Mei) setelah meliputi kesemua 10 ibu kota negara yang menyertai Sukan SEA, sebelum Larian Obor Sukan SEA bermula di Johor pada 14 Mei untuk menjelajah ke seluruh negara.

Larian itu adalah berkonsepkan untuk menjadi sebahagian daripada legasi Sukan SEA ke-29 yang akan berlangsung di Malaysia dari 19 hingga 30 Ogos. – BERNAMA

Kategori