Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Seorang Terbunuh, 2 Parah...

SRI AMAN : Seorang terbunuh manakala dua parah selepas motosikal berkuasa tinggi bertembung...

6 Negeri Bersetuju Naikkan...

KUALA LUMPUR - Enam negeri bersetuju menaikkan kadar tarif air, selaras dengan usaha...

Najib Tidak Tolak Kemungkinan...

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak tidak menolak kemungkinan...

Penyokong Najib Serah Memo...

Hampir 300 penyokong tegar Najib Abdul Razak berkumpul di hadapan Istana Negara di...

Lebih 500 Penduduk Hadir Program Senamrobik ESScom

LAHAD DATU – Program senamrobik Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di Kompleks Sukan Lahad Datu hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 500 penduduk setempat termasuk anggota pasukan keselamatan itu.

Program sempena Sambutan Ulang Tahun ESSCom kali ke-4 itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka termasuk pertandingan tarik tali tiga penjuru dan cabutan bertuah.

Pegawai Eksekutif ESSCom, Noor Alam Khan Wahid Khan dalam ucapannya berkata program yang diadakan itu merupakan antara usaha pihaknya mengeratkan hubungan anggota pasukan ESSCom dengan masyarakat termasuk pemimpin dan persatuan.

“Program ini juga sebagai satu cerminan kepada kita bahawa daerah ini dalam keadaan aman, selamat dan masyarakat selesa bersama kami,” katanya kepada pemberita selepas program senamrobik itu di sini, hari ini.


Dalam pada itu, katanya ESSCom akan terus menganjurkan pelbagai program lain yang berunsur kemasyarakatan termasuk majlis berbuka puasa bersama masyarakat pada bulan Ramadan nanti. – BERNAMA

Kategori