Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sabah Sokong Usaha PNB...

SANDAKAN - Kerajaan Sabah terus memberi sokongan kepada usaha yang dipacu oleh Permodalan...

Wan Mohd Zahid Dilantik...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin...

Tak Salah Golongan Muda...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tidak salah...

Wanita Digilis Keretapi Di...

TERLAMPAU sedih dengan kematian kekasihnya, seorang wanita dari United Kingdom, Becky Tait, 20,...

Lee Bergerak Ke Dingboche Untuk Penyesuaian Diri

KUALA LUMPUR – Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, akan bergerak menuju Dingboche, Nepal, pada ketinggian 4,410m dari paras laut untuk penyesuaian diri, hari ini.

Lee, 69, yang sedang dalam misi menawan Gunung Everest, puncak tertinggi dunia, akan tinggal selama dua hari di perhentian popular dalam kalangan pengembara dan pendaki.

Pegawai perhubungan awam Lions Mount Everest Expedition (MEE), Sherine Leong dalam kenyataan berkata perjalanan ke Dingboche itu akan memakan masa empat jam, bergantung pada keadaan cuaca.

“Lee tiba di Pangboche pada 5 petang semalam dan akan menghadiri upacara ‘puja’ di biara Pangboche sebelum meneruskan perjalanan ke Dingboche.”

“Semalam, James mengalami masalah pedih perut berikutan cuaca sejuk, namun kini beliau sudah sihat,” katanya kepada Bernama.

Lee bersama kumpulannya tiba di Kathmandu pada 10.15 malam (waktu Nepal) 1 April lepas. Lima pendaki lain ialah Eugene Kwan Jyh Sin, 47, Chong Nyuk Kooi, 49, Teng Hee Weng, 48, Berdych Tan Teck Chai dan Jack Oh Jin Heng, kedua-duanya berusia 32 tahun.


Mereka akan mengiringi Lee hingga ke kem pangkalan Gunung Everest, sebelum beliau meneruskan pendakian ke puncak gunung itu.

Lee yang sedang dalam percubaan kali kedua mendaki gunung ini ingin menjadi inspirasi kepada semua masyarakat agar menjaga kesihatan dengan baik, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan mengajak masyarakat umum untuk bersama-sama melindungi alam sekitar.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bertindak sebagai rakan media ekspedisi ini. – BERNAMA

Kategori