Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sedih, Bapa & Anak...

KASIHNYA bapa sepanjang masa, itulah yang dapat digambarkan apabila melihat gambar menyedihkan seorang...

P.Pinang Haramkan Mesin Simulator...

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan Pulau Pinang akan mengharamkan penggunaan semua mesin simulator atau...

Haron Din Tidak Mahu...

KUALA LUMPUR - Allahyarham Datuk Dr. Haron Din semasa hayatnya dibenci oleh kelompok...

‘Hanya Yang Berani’ Puisi...

KUALA LUMPUR - Persembahan yang menyentuh hati oleh sekumpulan pegawai dan anggota Polis...

Lee Chong Wei, Lin Dan Belum Fikir Persaraan

KUCHING – Dua jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei serta Lin Dan mengakui masih belum memikirkan untuk menggantung raket mereka biarpun semakin dimamah usia.

Malah, kedua-dua pemain yang perseteruan mereka di gelanggang menjadi tumpuan dunia sukan, masih mahu terus aktif dengan sukan yang melonjakkan nama masing-masing.

“Kami berdua dilihat sebagai pemain yang sudah berumur tetapi kami belum lagi mahu mengumumkan persaraan masing-masing.

“Malah, saya berharap saya serta Lin Dan akan terus bermain untuk beberapa tahun lagi. Bagi diri saya sendiri, saya akan terus bermain selagi saya boleh,” kata Chong Wei, 34.

Chong Wei berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan akhir menentang Lin Dan, 33, di Terbuka Malaysia di sini hari ini. Lin Dan menang 21-19, 21-14 dalam aksi final itu.

Mengenai peluangnya di Kejohanan Dunia nanti, Chong Wei berkata ketika ini sudah ramai pemain muda berbakat yang muncul dan peluang mereka tidak boleh dipandang rendah.

Katanya, pada Kejohanan Dunia nanti akan ada pemain muda yang menyerlah termasuk juara Olimpik yang juga juara bertahan, Chen Long dari China yang menarik diri dari suku akhir Terbuka Malaysia akibat kecederaan.


Chong Wei juga mengakui beliau serta Lin Dan kini terpaksa memilih kejohanan yang mahu disertai bagi mengelak kepenatan.

Sementara itu, Lin Dan berkata beliau masih akan terus aktif di pentas antarabangsa tetapi menegaskan beliau tidak mahu terlalu memikir untuk menjuarai Kejohanan Dunia yang sudah lima kali dimilikinya.

Malah, katanya, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan yang disertainya. – BERNAMA

Kategori