Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni Gagal Pertahan Gelaran...

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Azizulhasni Awang gagal mempertahankan gelaran juara...

55 Orang Awam Maut...

SANAA - Seramai 55 orang awam dilaporkan terkorban, manakala puluhan lagi cedera dalam...

Zizan Kecewa Bekas Pengurus...

SUSULAN perintah injuksi sementara yang dikenakan terhadap Zizan Razak oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,...

Bekas Pegawai Kanan BNS...

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai kanan di syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard Sdn...

Lelaki Lemas Kereta Dipandu Terjunam Ke Dalam Parit

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala isteri serta dua anaknya cedera apabila kereta Perodua Kenari dinaiki mereka terjunam ke dalam parit besar di Jalan Bestari 8/3, Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Jokhiri Abd. Aziz berkata kemalangan berlaku kira-kira 1 pagi tadi ketika keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Bestari 17/3, taman perumahan yang sama.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Syamsuddin Ab. Samad, 40, gagal mengawal kenderaan yang dipandunya apabila tiba di selekoh Jalan Bestari 8/3, lalu terbabas ke kiri jalan.

“Mangsa kemudian melanggar pagar dan terjunam ke dalam parit besar dalam kedudukan keempat-empat tayar ke atas,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jokhiri berkata sepasukan bomba dari Balai Johor Jaya yang tiba di tempat kejadian berjaya mengeluarkan isteri Syamsuddin iaitu Arbayah Jais, 30, serta dua anak mereka, Muhammad Haikal, 12, dan Noraisyah Dania, 9, daripada kereta berkenaan.

Beliau berkata usaha membawa keluar Syamsuddin pula mengalami sedikit kesukaran kerana kedudukannya yang tersepit dan air parit memenuhi ruang kenderaan.


Katanya Syamsuddin yang merupakan pekerja kilang kemudian berjaya dikeluarkan daripada kenderaan tersebut, namun, disahkan meninggal dunia akibat lemas.

“Arbayah yang merupakan suri rumah dan duduk di kerusi penumpang hadapan mengalami kecederaan di bahagian pinggang manakala Muhammad Haikal dan Noraisyah Dania yang berada di tempat duduk belakang masing-masing mengalami luka di dahi dan dagu,” katanya.

Menurut Jokhiri, kemalangan terbabit kini sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori