Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MDEC, SEG Lancar Sekolah...

CYBERJAYA - Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama yang diberi mandat untuk transformasi...

Ahli Perniagaan Disamun RM25,000...

GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM25,000 apabila wang tunai yang...

Pesawat Terbesar Di Dunia...

SEBUAH pesawat udara buatan syarikat penerbangan, Hybrid Air Vehicles dilaporkan telah terhempas ke...

Lagi Kes Godam Mesin...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki dipercayai warga asing disyaki melesapkan RM303,000 daripada dua...

Lelaki Mengaku Salah Miliki Bahan Berkaitan Daesh

KOTA TINGGI – Seorang pekerja am resort mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, bulan lepas.

Mohd Firdaus Saibi, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan memiliki 29 keping imej dan 240 video dalam telefon bimbitnya berkaitan pengganas Daesh atau mempunyai unsur perbuatan keganasan itu di hadapan sebuah resort peranginan di Kampung Sedili Kecil dekat sini pada 4.20 petang 21 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak ke atas mana-mana bahan terbabit, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh hari ini kerana kes akan disebut semula 21 Mei ini.


Kes dibawa Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Suhaila memohon kes disebut semula kerana menunggu laporan pakar dan meminta izin agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mazana turut memerintahkan agar tertuduh melantik peguam bela untuk mewakilinya. – BERNAMA

Kategori