Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tambang Rendah AirAsia Sempena...

KUALA LUMPUR - AirAsia menawarkan promosi khas sempena Hari Malaysia pada 16 Sept...

Bapa, Anak Maut Nahas...

NILAI: Dua beranak meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki terbabit kemalangan dengan tiga...

Rasuah: 4 Pegawai Kanan...

SHAH ALAM ā€“ Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh...

Mujahid Enggan Ulas Khutbah...

SERDANG - Mujahid Yusof Rawa enggan mengulas lanjut berhubung khutbah Jumaat yang menyerang...

Lelaki ‘Pakar’ Pecah Rumah Ditahan Dalam Serbuan

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki aktif dalam kejadian pecah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam serbuan di sebuah rumah di Ladang Alma, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai mempunyai kepakaran pecah rumah itu, ditahan pada 5 petang.

“Pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemukan pelbagai barang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah, antaranya tiga komputer riba, enam telefon bimbit, jam tangan berjenama dan sejumlah barangan kemas,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda Wave yang dipercayai digunakan lelaki itu dalam kegiatan pecah rumah.

Beliau berkata siasatan awal polis percaya lelaki itu terlibat lebih 10 kes pecah rumah pada tahun ini termasuk terbaru pada Isnin lepas di Taman Bukit Minyak Utama, di sini dan membabitkan kerugian kira-kira RM7,000.

Nik Ros Azhan berkata lelaki yang positif dadah dan tidak bekerja itu mempunyai 10 rekod jenayah.


Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun dipercayai ‘tokan’ dadah dan merampas heroin seberat 20 gram dalam serbuan di kawasan letak kereta di Taman Seri Impian, Machang Bubok di sini semalam.

“Dalam serbuan 1.30 tengah hari itu, kami turut merampas peralatan menghisap dadah bersama lelaki berkenaan dan siasatan mendapati suspek memang dikehendaki polis berkaitan kes dadah,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah itu turut positif dadah. – BERNAMA

Kategori