Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Gugur Kes Kren Tumbang...

MAHKAMAH Arab Saudi pada Khamis menggugurkan kes terhadap 13 tertuduh yang dibicarakan berhubung...

LIAM Lancar Kempen Kesedaran...

KUALA LUMPUR - Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara...

Lelaki Terbunuh Kereta Dilanggar...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut, tiga cedera dan dua lagi terselamat dalam...

Wanita Perlu Terus Sokong...

PEKAN - Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyeru golongan wanita terutama...

Lembu Diberi Minum Bir Untuk Dapat Daging Lembut

BRUSSELS – Seorang penternak Belgium di Chimay memberi lembu ternakannya meminum empat liter bir setiap hari, kononnya ia boleh menyedapkan lagi daging haiwan itu.

Hugues Derzelle berkata, dia mendapat idea untuk berbuat demikian selepas membaca kisah pengeluar daging di Kobe, Jepun, menyanyi dan memberi haiwan ternakan mereka minum bir.

Walaupun cerita di Jepun itu hanya mitos, Derzelle yakin lembunya tidak akan mabuk, sebaliknya percaya tindakannya dapat melembutkan lagi daging haiwan berkenaan.

Dia mula memberi dua daripada lembu yang diternaknya minum arak sejak November tahun lalu.

Mac lalu, Derzelle menjual kedua-dua lembu berkenaan dan mendakwa, diet khas yang diberikan kepada lembunya meningkatkan harga daging haiwan itu kerana ia lebih bermutu berbanding daging lembu biasa.

Penternak itu kini merancang meningkatkan pengeluaran daging lembu khas itu kepada 500 kilogram pada tahun pertama dan menambah jumlahnya jika pengguna memberi maklum balas positif.


Derzelle bukan penternak pertama yang mengamalkan diet khas untuk haiwan ternakannya.

Di Australia, seorang penternak dilapor memberikan haiwannya memakan coklat dan mendakwa hasilnya amat menakjubkan. – Agensi/myMetro Online

Kategori