Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Suami Melecur Lepas Bakar...

KANGAR - Tindakan seorang suami membakar motosikal isterinya mengundang padah apabila anggota badannya...

Tiga Lelaki Didakwa Serang...

MELAKA - Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas...

Fasha Nafi Kaitkan ND,...

NAMPAKNYA masih belum lerai perselisihan faham antara Nora Danish dan Fasha Sandha yang...

Sakit Tulang Belakang, Hafiz...

Melalui ruangan Instagram peribadinya, pelantun lagu Awan Nano, Hafiz Suip memaklumkan bahawa dia...

Liga Hoki Dunia: Tugas Berat Malaysia Pada Separuh Akhir

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki negara bakal berdepan tugas sukar dalam misi layak ke Pusingan Akhir Piala Dunia FIH 2018 di India, selepas diundi dalam kumpulan bersama-sama pasukan berada di ranking lebih tinggi pada kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

Skuad negara yang berada di ranking ke-14 dunia, akan berdepan pasukan nombor satu dunia Argentina, Korea Selatan (ke-12), China (18) dan tuan rumah, England yang kini di kedudukan ketujuh dalam Ranking Dunia FIH, demikian berdasarkan undian dikeluarkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di laman sesawang www.fih.ch.

Penyandang juara Eropah, Belanda akan mengetuai cabaran Kumpulan B bersama-sama juara Asia India, Pakistan, Kanada dan Scotland pada kejohanan itu yang akan berlangsung di Pusat Tenis dan Hoki Lee Valley di England dari 15 hingga 25 Jun depan.

Malaysia yang layak beraksi pada kejohanan itu selepas menjuarai Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Bangladesh, bulan lepas, akan memulakan kempen menentang Argentina pada 16 Jun, England (17 Jun), Korea Selatan (19 Jun), sebelum menamatkan aksi pusingan awal berdepan China.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik pada kejohanan di London akan layak beraksi pada dua kejohanan utama hoki – Pusingan Akhir Liga Hoki Dunia 2017 dan Pusingan Akhir Piala Dunia 2018, dengan kedua-dua kejohanan berkenaan berlangsung di Bhubaneswar, India.

Pasukan yang mencatat kemenangan pada perlawanan pusingan awal di London, juga akan diberikan mata Ranking Dunia FIH, yang penting bagi melayakkan mereka beraksi pada kejohanan FIH akan datang.


Pusingan Akhir Liga Hoki Dunia 2017 akan berlangsung dari 1 hingga 10 Dis, manakala Pusingan Akhir Piala Dunia 2018 dari 24 Nov hingga 16 Dis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Logan Raj ketika dihubungi Bernama, yakin anak buah Stephen Van Huizen mampu memberi tentangan sengit pada kejohanan berkenaan dalam usaha untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

“Kesemua perlawanan adalah sengit kerana kita bakal berdepan pasukan yang berada di ranking lebih tinggi daripada kita. Namun, saya yakin barisan pemain negara mampu menampilkan prestasi terbaik pada kejohanan berkenaan.

“Kita perlu lebih berhati-hati terutama ketika berdepan China kerana kita sudah bertemu mereka pada perlawanan akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia bulan lepas, dan juga England yang sudah semestinya memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri,” katanya. – BERNAMA

Kategori