Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

AirAsia, RHB Tawar Terbang...

SEPANG - Pelanggan RHB Banking Group (RHB) boleh mengumpul mata ganjaran program kesetiaan...

PAS Tak Akan Keluar...

SHAH ALAM - "Kita tak akan keluar BN dan Muafakat Nasional." Itu reaksi...

Bapa Dakwa Anaknya Dilarikan...

Terkini... Pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dilarikan dua individu menggunakan sebuah motosikal 7...

Mufti WP Tersentuh Sikap...

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji...

Mahkamah AS Benar Kirim Ular Menerusi Kurier Pos

WASHINGTON DC – Anda tentu pernah mengirimkan bungkusan untuk insan tersayang atau sebab urusan tertentu, dengan menggunakan perkhidmatan pos biasa atau pun kurier yang lebih pantas.

Bukan hanya itu, ada juga berita lucu pihak tidak bertanggungjawab mengirimkan barangan yang mengejutkan dengan cara sama seperti serbuk kimia beracun, bahan letupan, senjata berbahaya, bacaan lucah atau dadah.

Meskipun objek itu memang dilarang untuk dipos, media pernah melaporkan ada individu ‘nakal’ tergamak hantar bom perhiasan selain kotoran haiwan seperti najis anjing terhadap musuh sebagai tanda amaran atau protes.

Namun, pernahkah anda terbayangkan, jika ada orang yang ingin mengepos ular liar berbisa terhadap mereka yang dibenci mungkin sebagai satu cara ugutan samseng atau untuk menakut-nakutkan si penerima tersebut?

Ya, kini bagi mereka yang menetap di Amerika Syarikat (AS), perkara pelik berkenaan boleh dilakukan tanpa masalah dan yang paling penting, tindakan tersebut tidak lagi dianggap sebagai satu bentuk kesalahan jenayah.


Media tempatan yang memetik daripada laman berita Daily Beast melaporkan, sebuah mahkamah di Washington DC pada minggu lalu, memutuskan tindakan berkenaan bukan lagi disenaraikan sebagai perbuatan jenayah.

Keputusan bersejarah ini membolehkan sesiapa sahaja mengirim ular sawa atau anakonda hijau untuk pengeposan antara 49 buah negeri di AS. Hawaii namun masih dilarang kerana ular bukan spesis hidupan asal di pulau itu.

Bagaimanapun pihak mahkamah tidak pula memperincikan bagaimana cara pengiriman reptilia itu sama ada perlu dilabel sebagai bahan mudah pecah atau diisytiharkan sebagai objek eksotik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ular

Kategori