Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Selebriti Media Sosial Dikompaun...

PUTRAJAYA - Seorang selebriti media sosial (instafamous) dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai...

Felda: Prihatin Pembangkang Bermotif...

JERANTUT - Keprihatinan yang ditunjukkan pembangkang terhadap masalah warga Felda hanyalah satu agenda...

Atlet Terengganu Pula Positif...

KUALA NERUS - Dua atlet Terengganu yang beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018...

1MDB Sedang Disiasat, Kata...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi penegasan berhubung pendiriannya...

Majikan Terkejut Orang Gaji Curi Pakai Baju Dalam

SEORANG majikan dari Singapura tidak menyangka sepanjang ketiadaannya di rumah, pembantu rumahnya tergamak memakai pakaian dalam miliknya.

Sudahlah pakai baju dalam majikannya, malah si pembantu itu tidak segan silu berkongsikan fotonya beraksi seksi dan manja di atas katil bilik majikannya yang diletakkan di laman Facebook.

Memetik laporan Sin Chew Daily, majikan tersebut yang enggan dikenali berkata dia menemui gambar-gambar ghairah pembantu rumahnya itu ketika sedang melayari Facebook pada Sabtu lalu.

“Selain mendapat tahu dia memakai baju dalam saya, dia juga ada membawa masuk orang lain ke dalam rumah saya tanpa pengetahuan saya sepanjang saya tiada di rumah,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, dia dan suami memang sering bekerja di luar daerah (outstation) dan kediaman mereka tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).


“Mungkin disebabkan itu (tak install CCTV), dia ambil kesempatan pakai baju saya dan juga bawa orang asing yang saya tak kenal ke dalam rumah,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori