Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri Boleh Disekalikan...

PUTRAJAYA - Pasangan suami isteri boleh mendapatkan tarikh dan waktu janji temu suntikan...

Pahang Antara Negeri Terawal...

KUANTAN - Pahang adalah antara negeri terawal yang menerima agama Islam berdasarkan kepada...

Kapal Perang Di Laut...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam berkata, kehadiran kapal...

Mogok Uber, Ola Burukkan...

NEW DELHI - Tidak lama dulu, Uber yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan...

Majlis Resepsi Mia Ahmad, Izham Tarmizi Di KL Dibatal

PADA tanggal 22 Mac lalu, aktres Mia Ahmad sepatutnya melangsungkan majlis resepsi ketiganya yang dirancang di ibu kota.

Bagaimanapun, akibat kesibukan masa dan kepadatan jadual suami tercinta selaku penjaga gawang pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mia memaklumkan terpaksa membatalkan majlis resepsi yang dirancang diadakan di sebuah hotel terkemuka itu.

Mia memaklumkan perkara itu menerusi laman Instagramnya beserta ucapan mohon maaf kepada rakan-rakan atas pembatalan majlis tersebut.

Majlis Resepsi Mia Ahmad, Izham Tarmizi Di KL Dibatal
“Memang sejak awal lagi, majlis berkenaan sudah dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur. Namun, berikutan jadual suami yang terlalu padat, hasrat itu terpaksa dibatalkan.

“Jujur saya katakan, jadualnya memang tersangat padat. Kami memang tidak boleh nak selitkan apa-apa lagi. Akhirnya, kami terpaksa mempertimbangkan juga perkara itu.

“Walaupun tentunya saya rasa sedih kerana ada teman rapat di ibu kota, termasuk rakan media, kru produksi dan pengarah, yang tidak sempat datang ke majlis kahwin saya sebelum ini.

“Saya harap mereka dapat memahami kesulitan ini,” katanya seperti yang dipetik di BH Online.


Dalam masa yang sama, pelakon drama Hati Perempuan ini akui serba salah namun terpaksa mengambil keputusan itu kerana enggan membebankan suaminya.

Susulan pembatalan majlis itu, Mia turut memohon maaf kepada pereka pelamin, RekaTemoor, pihak hotel dan pereka fesyen, Cosry serta Lynda Rahim, kerana terpaksa menghampakan mereka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Januari lalu di Taiping Sentosa Villa, Perak. – MYNEWSHUB.CC

Kategori