Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pembaca Berita Bernama TV...

SELEPAS kejayaan Harith Iskander menjuarai program komedi solo Funniest Person in the World akhir tahun...

Rakyat Malaysia Pulang Dari...

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan...

Polis Buru OKT Lolos...

KUCHING – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sedang mengesan seorang orang kena...

DAP Hanya Mahu Raih...

PUTRAJAYA – Tindakan DAP berdolak-dalik dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya diadakan...

Masuk Gangster, Otak Mati – Bekas Gangster

“TAK mau gangster lar, tiada orang yang boleh tolong selain keluarga. Masuk gangster, otak mati,” itu nasihat daripada seorang bekas gangster, Vincent Tan dari Singapura.

Menerusi perkongsian video dimuat naik seorang personaliti dari Singapura, Sujimy Mohamad di laman Facebook, dia menemubual Vincent yang kini sudah berusia dan menampung kehidupannya dengan menjual lampu suluh.

Vincent yang dahulunya seorang gangster di Singapura menjelaskan dia menyertai kumpulan ganster jalanan tersebut kerana suka dan badannya penuh dengan lukisan tatu.

“Saya buat tatu ini kerana suka sejak kecil dan duduk di penjara banyak kali.

“Sekarang ini mahu jadi baik, janji cukup makan sudah cukup,” katanya.

Katanya, dahulu dia ada ‘geng’ namun keadaan di Singapura sekarang kini lebih sukar kerana apabila melakukan kesalahan, sudah tentu akan ditangkap polis.

Apabila ditanya sama ada menyesal menyertai kumpulan gangster, Vincent menjelaskan penyertaannya itu kerana menyangka ia akan dapat membantunya ketika dalam kesusahan.

“Saya sudah salah anggap, saya masuk gangster tanpa tahu apa-apa dan buat semua tatu dan sekarang baru tahu semuanya ini menyusahkan.

“Saya sudah tua sekarang dan hanya mahu melakukan perkara yang baik,” katanya.

Jelasnya, dengan adanya lukisan tatu yang penuh di bahagian badannya itu telah menyusahkan dirinya untuk mendapatkan pekerjaan.

Vincent kini lebih banyak menghabiskan masa di gereja dan hidup bersama adiknya dengan menjual lampu suluh di pusat beli-belah dan beberapa bahagian di Singapura.

Menurutnya, dengan pendapatan S$30 (RM90) hingga S$80 (RM240) sehari dapat menampung kehidupannya yang semakin berusia kini.


“Pendapatan itu tak menentu tetapi cukuplah untuk makan dan pakaian,” katanya.

Pada akhir video tersebut, dia menasihatkan golongan muda yang menyertai kumpulan gangster untuk berubah kerana masih peluang masih terbuka.

“Bila ada masalah, orang lain tak boleh tolong, hanya keluarga yang boleh tolong.

“Masuk gangster, otak mati. Kalau mahu masuk boleh tapi cari duit, jangan merompak, carilah cara yang elok untuk kerja.

“Gangster ini semua tak guna lar,” katanya.

Menerusi ruangan komen, netizen memuji sikap Vincent yang mahu berubah dan menasihatkan golongan muda untuk meninggalkan dunia gangster.

Rata-rata netizen di negara tersebut yang pernah menemui Vincent menganggapnya sebagai orang yang baik.

Perkongsian video tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat tontonan lebih 1.4 juta dan dikongsi 30, 623. – MYNEWSHUB.CC

Kategori