Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Netizen Tegur Noh Gara-Gara...

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ditegur netizen di laman sosial...

Penampakan Entiti Seram Dalam...

MUNGKIN kisah yang dikongsikan ini akan membuatkan anda kecut perut pada permulaannya tapi selepas...

Masa Mahathir Gelar Orang...

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorty digesa supaya...

Annuar Musa Dilantik Semula...

PUTRAJAYA - Tan Sri Annuar Musa dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat...

Maut Terjatuh Dalam Mesin Pembancuh Simen

MALANG tidak berbau menimpa dua kanak-kanak ini apabila mereka meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam pembancuh simen ketika sedang memanjatnya di kawasan pembinaan di Sichuan, China.

Dua kanak-kanak perempuan itu berusia tiga tahun dan ketika kejadian mereka merayau sendirian tanpa ibu bapa atau anggota keluarga yang lain.

Tapak pembinaan itu pula telah terbiar selama beberapa hari. Suis pembancuh simen itu terbuka selepas terkena kaki kanak-kanak berkenaan ketika mereka sedang memanjatnya.

Salah seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Sementara itu, gambar-gambar yang dirakamkan di lokasi kemalangan tersebut menunjukkan dua pasang kasut kecil berwarna merah jambu berada di sebelah mesin tersebut.


Siasatan kini sedang dijalankan oleh polis. – MYNEWSHUB.CC

Kategori