Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ucapan Penuh Presiden UMNO...

“UMNO: MENYEMPURNAKAN SEBUAH PERJUANGAN”UCAPAN YAB PRESIDEN UMNO, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SEMPENA PERHIMPUNAN...

Tak Takut.. Komen Rafizi...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam nada...

Urus Niaga Diragui, Zakaria...

SIASATAN dalaman terhadap CEO FGV, Datuk Zakaria Arshad berhubung urus niaga mencurigakan antara...

Keselamatan Domestik Pastikan Keamanan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerangka keselamatan domestik...

Mawar Rashid Tak Kisah ‘Tayang’ BF Di Media Sosial

BARU beberapa bulan menjalin hubungan cinta dengan adik kepada Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob, pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia amat bahagia di samping lelaki itu sekarang.

Menurut Mawar, 23, dia serius dengan hubungan tersebut dan tidak mahu menyembunyikan perasaan bahagia berkenaan bersama peminat.

“Hubungan kami semakin ke arah serius dan saya tidak pula menyembunyikan tentang itu daripada pengetahuan pengikut laman sosial saya.

“Saya juga berkongsi gambar bersamanya di media sosial kerana itu membuatkan saya dan dia gembira,” kata Mawar ketika ditemu bual oleh portal berita mStar Online.

Mawar Rashid Tak Kisah 'Tayang' BF Di Media Sosial
Mawar dan Raf Yaakob baru sahaja menjalin hubungan cinta empat bulan lalu.

Mengakui dia yakin dengan kesungguhan lelaki itu menyayangi dirinya, Mawar berpendapat keterbukaannya itu merupakan sesuatu yang biasa dilakukan oleh pasangan normal yang sedang dilamun cinta.

Selain itu, Mawar turut memuji keperibadian Raf, 31, yang juga seorang pelakon kerana dilihat memenuhi kriteria lelaki idamannya.

“Raf seorang yang matang, bertanggungjawab dan berkarisma yang mana memang menepati cita rasa saya.

“Biarpun dia berstatus duda tapi saya terima dia seadanya,” ujarnya.


Bagaimanapun, Mawar dan Raf masih belum merancang ke arah perkahwinan oleh kerana hubungan mereka masih di peringkat terlalu awal.

“Kami baru masuk bulan keempat bersama, masih fasa mengenali hati budi.

“Saya mahu fokus dengan kerjaya lakonan terlebih dahulu dan jika suatu hari nanti ada jodoh kami, Alhamdulillah,” ujarnya.

Tambah Mawar lagi, kedua-dua keluarga mereka sudah mengetahui hubungan mereka dan memberikan restu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori