Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Semakan Semula Bajet...

PETALING JAYA - Kerajaan tidak berhasrat melakukan sebarang semakan semula terhadap Bajet 2016...

Bercuti Dengan BF, Peminat...

PELAKON Mawar Rashid sememangnya tidak menyembunyikan kisah cintanya dengan adik Datuk Fazley, iaitu...

Fama Tidak Terima Aduan...

SUNGAI PETANI - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) setakat ini tidak menerima sebarang...

Ditahan Muat Naik Kenyataan...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki semalam dipercayai memuat naik kenyataan jelik...

Mayat Budak Lemas Ditemukan Di Pantai Kemayan

BACHOK – Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama keluarganya di Pantai Kemayan di sini semalam, ditemukan mati lemas hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata mayat mangsa, Wan Nurul Huda Wan Mohd Long, 7, dijumpai 4.30 pagi tadi, kira-kira 150 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.25 petang semalam, Mohd Shamsure Mat, 37, berjaya menyelamatkan tiga orang anaknya iaitu Nur Shahira, 11, Nurshafiqha, 9, dan Mohamad Adam Daniel, 7, yang hampir lemas ketika mandi bersama Wan Nurul Huda.


Mohd Shamsure yang kemudiannya cuba untuk menyelamatkan anak saudaranya itu (Wan Nurul Huda) gagal dan ditemukan lemas semalam. – BERNAMA

Kategori