Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PDRM Mahu Akta Dadah...

MELAKA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, mencadangkan akta berkaitan dadah dipinda...

Batu Bumi Berusia 4...

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) mendedahkan misi...

Jumpa Mayat Bayi Lelaki...

KUALA LUMPUR - Mayat bayi lelaki cukup sifat, ditemui dicelah batu dalam longkang...

JAIS Serbu Rumah Keluarga,...

ALKISAH Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Ahad lalu telah bertindak menyerbu rumah...

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan 3 Kesan Tikaman

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dengan tiga kesan tikaman di bahagian tangan dan dada di tepi jalan berhampiran Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mayat lelaki itu ditemui seorang lelaki yang mahu ke kawasan ladang sawit di situ kira-kira pukul 9 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

“Mayat lelaki yang memakai seluar pendek warna biru serta berbaju kemeja biru muda itu ditemui dalam keadaan terlentang dan pemeriksaan awal polis menemui dua kesan tikaman di lengan kiri dan satu kesan tikaman di dada sebelah kiri mangsa.

“Setakat ini, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri bersama lelaki itu dan dipercayai mangsa merupakan warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan imunisasi BCG,” katanya di sini.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayat lelaki itu dibuang di lokasi kejadian kerana tiada kesan pergelutan di situ.

Nik Ros Azhan berkata pemeriksaan di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan.


“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu dan polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat berhampiran kawasan berkenaan bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dibedah siasat.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan dan orang ramai atau majikan yang kehilangan rakan atau pekerja diminta hadir di HSJ bagi membuat pengecaman. – BERNAMA

Kategori