Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Guru Besar, 3 Beradik...

MACHANG - Lima termasuk tiga beradik dan seorang guru besar didakwa di Mahkamah...

Pembaikan Lubang Di Taman...

IPOH : Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memberi jaminan kerja-kerja pembaikan struktur...

Muassasah Asia Tenggara Puji...

MAKKAH – Disiplin diri yang tinggi dalam kalangan jemaah haji Malaysia dan keberkesanan...

Kerajaan Thailand Rampas Tanah...

BANGKOK - Pejabat Pemulihan Tanah Pertanian Thailand bakal mengambil semula beberapa tanah yang diceroboh...

Mayat Raja Bhumibol Adulyadej Dibakar 26 Oktober

BANGKOK – Mayat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej akan dibakar pada 26 Oktober depan dan upacara itu akan berlangsung selama lima hari.

Pengesahan tarikh pembakaran mayat itu juga membolehkan rancangan dibuat untuk pertabalan secara rasmi anak mendiang, Raja Maha Vajiralongkorn yang menaiki takhta Disember lalu.

“Istana mengesahkan raja bersetuju dengan rancangan yang diatur kerajaan. Pembakaran mayat akan berlangsung pada 26 Oktober,” kata Timbalan Perdana Menteri, Wissanu Krea-ngam kepada wartawan.

Bhumibol mangkat pada Oktober 2016 pada usia 88 tahun selepas lebih 70 tahun berada di atas takhta dan menjadi tokoh penyatuan rakyat negara itu.

Pegawai berkata, upacara pembakaran mayatnya akan diadakan secara besar-besaran sesuai dengan kedudukan mendiang sebagai raja yang disayangi rakyat.

Bagaimanapun, peruntukan untuk majlis itu yang dijangka menarik ramai orang, tidak didedahkan.

Penganut Buddha negara itu biasanya menunggu sehingga seminggu atau lebih sebelum membakar mayat anggota keluarga mereka. Namun, bagi keluarga diraja, tempoh itu lebih lama.


Kali terakhir upacara pembakaran mayat anggota keluarga diraja Thai ialah pada 2008, untuk kakak Bhumibol, Puteri Galyani Vadhana.

Mayatnya dibakar selepas perkabungan selama 100 hari.

Tempat pembakaran mayat Bhumibol di sebuah dataran awam di Bangkok sedang disiapkan. – Reuters/myMetro Online

Kategori