Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Beberapa Kawasan Di Daerah...

KOTA KINABALU - Beberapa kawasan di daerah Kudat, kira-kira 190 kilometer dari sini,...

Pakar Optimis Serpihan Bantu...

PETALING JAYA - Serpihan 'flaperon' yang ditemui di pantai Pulau Reunion di Lautan...

KPM Beri Tumpuan Pada...

NAKA - Kementerian Pendidikan akan memberikan lebih tumpuan kepada sekolah kategori C dalam...

Bajet 2015 Sinar Baharu...

KUALA LUMPUR - Tohmahan pihak tertentu kononnya kerajaan meminggirkan masyarakat India di negara...

MBSA Laksana Sistem Flexi Parking Guna Telefon Pintar

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan ‘Flexi Parking’ iaitu sistem bayaran tempat letak kereta pintar menggunakan telefon pintar sebagai kaedah alternatif selain menggunakan kupon gores dan pas bulanan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata sistem itu adalah antara inisiatif pihaknya ke arah penambahbaikan pengurusan tempat letak kereta yang lebih efisien dan sistematik.

“Melalui sistem ini, orang ramai boleh membuat belian kredit secara talian terus melalui perbankan Internet menggunakan telefon pintar sekali gus memudahkan proses pembayaran pengguna tanpa perlu mempamerkan kupon gores atau pas bulanan.

“Sejak dilaksanakan bermula Januari sehingga Mac tahun ini, sistem ini telah berjaya menarik sejumlah 6,195 pengguna di bawah kawasan pentadbiran MBSA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shahrin, Flexi Parking juga diperkenalkan bagi mengurangkan masalah dan aduan pengguna berkaitan kesukaran mendapatkan kupon, salah menggores kupon serta lambakan buku kupon bagi pengguna.


Selain membantu mengurangkan penggunaan kertas, beliau berkata sistem itu turut memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi telefon pintar bagi memudahkan pengguna dan anggota penguat kuasa selain mempertingkatkan kualiti kecekapan perkhidmatan.

“Aplikasi Flexi Parking boleh dimuat turun secara percuma di Android Play Store atau Apple Apps Store dan berfungsi secara dwibahasa. Para pengguna akan diberi makluman peringatan 10 minit awal sebelum tempoh letak kenderaan tamat,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MBSA

Kategori