Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tak Tahu Nak Buat...

HUJUNG-hujung tahun macam ini ramailah yang mula buat spring cleaning - membersih dan mengemas...

Judi: Polis Tahan 245...

KUALA LUMPUR - Seramai 245 individu disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian ditahan di...

Pesawah Puas Hati Baja...

YAN - Pesawah dari Kampung Ulu Dulang Kechil dekat sini yang menggunakan baja...

Burung Albatros Berusia 68...

HONOLULU, Hawaii – Seekor burung Albatros Laysan berusia 68 tahun telah bertelur buat...

Mencuri: Pembantu Jualan Dijel Sehari, Denda RM1,500

KUALA LUMPUR – Akibat gelap mata mencuri wang hasil jualan di sebuah kios aiskrim, seorang pembantu jualan dihukum penjara sehari dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Alif Chick, 19, setelah dia mengaku bersalah mencuri wang tunai berjumlah RM420 milik Syarikat Cornery FNB Sdn. Bhd. di Kios Softree, Mytown Shopping Centre, Wangsa Maju di sini pada 10.56 malam, 2 April lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu semalam (4 April) dan dia boleh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. – BERNAMA

Kategori