Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tua Nakal Cucuk...

SINGAPURA - Seorang lelaki berusia 60 tahun disiasat atas tuduhan mencucuk lidi pencungkil...

AS Guna Isu Uighur...

JABATAN Negara Amerika Syarikat pada Selasa menunjukkan perhatian pada apa yang disifatkan sebagai...

H5N1: Tiada Jangkitan Baharu...

KUALA LUMPUR - Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan...

Hina Tunku Azizah, Polis...

KUANTAN - Pihak polis meminta pengguna Facebook yang menggunakan nama 'Kagawa Onieshia' supaya...

Mengapa PAS Belum Putus Kerjasama Dengan PKR?

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan mengapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama PAS masih belum meluluskan usul oleh akar umbi parti itu supaya memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat berkata, beliau pernah menganggotai Jawatankuasa Usul PAS lebih lima kali dan PAS kebiasaannya akan segera meluluskan usul seperti itu bagi mengelakkan perbahasan yang merugikan.

“Saya pernah menjadi Jawatankuasa Usul PAS lebih lima kali. Saya berpandangan usul-usul itu akan diproses. Biasanya oleh Ketua Penerangan PAS Pusat. Bagi mengelakkan perbahasan yang merugikan PAS maka akan diterima tanpa bahas semua usul-usul tersebut.

“Kemudian keputusan itu diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS. Maka pihak kawasan dan pemuda akan berdiam diri tanda hormat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Suhaizan mendedahkan Majlis Syura Ulama PAS sengaja melambat-lambatkan proses meluluskan usul tersebut sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 atas faktor wang dan kuasa.

“Maka terselamatlah kuasa, kemudahan dan gaji puluhan ribu pemimpin PAS di Selangor. Inilah teknik melambatkan masa bagi menyelamatkan kuasa PAS di Selangor,” dedahnya.


Ahli peringkat akar umbi PAS mengemukakan usul supaya parti itu memutuskan terus kerjasama dengan PKR yang mentadbir kerajaan Selangor kerana bersengkongkol dengan parti sekular anti-Islam DAP.

Akar umbi PAS turut menegaskan parti itu perlu memutuskan kerjasama dengan PKR kerana PKR merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang turut disertai PAN yang dilabelkan PAS sebagai pengkhianat.

PAS turut mengecam PKR kerana menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad sedangkan Mahathir dianggap sebagai punca kerosakan negara selama lebih 20 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori