Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pelajar Maut Kereta Hilang...

PITAS - Kereta yang dinaiki empat pelajar wanita yang maut berhampiran Loji Penapis...

Muhyiddin Nafi Pegawai Khasnya...

PETALING JAYA - Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin menafikan salah seorang individu yang...

Anak Saudara Penyerang Sabah,...

KOTA KINABALU - Awangku Mohd Faris Mahamud, 21, anak saudara kepada penyerang Sabah,...

80% Pengasuh Di Taska...

PUTRAJAYA - Kira-kira 80 peratus atau 13,700 orang pengasuh bagi kanak-kanak berusia empat...

Mengintip Hidup Rakyat Korea Utara Di KL

Oleh: Cecilia Jeyanthi Victor

APA yang berlaku bagaikan plot novel perisikan dengan mangsa pembunuhan, Kim Jong-nam adalah dari keluarga dinasti sebuah negara yang sering menjadi kecaman kerana dasar pemimpinnya yang didakwa sebagai diktator.

Plot bertambah tegang dengan penangkapan 2 wanita asing, seorang warga Vietnam dan seorang lagi warga Indonesia atas dakwaan membunuh Jong Nam dengan menggunakan agen saraf VX pada 13 Februari lepas.

Kemelut kematian Jong-nam hampir reda setelah jasadnya dihantar pulang ke Pyongyang pada 30 Mac lepas. Ia dilihat sebagai pertukaran untuk membolehkan sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Utara kerana krisis diplomatik antara kedua-dua negara, kembali ke tanah air.

Namun banyak soalan masih belum terjawab. Kes pembunuhan ini menarik perhatian ratusan wartawan dari pelbagai negara serta menjadikan Malaysia perhatian dunia.

Ramai wartawan termasuk saya sendiri yang aktif terlibat dalam liputan berkaitan pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un membuat intipan peribadi untuk belajar lebih lanjut tentang rakyat itu di Malaysia.

Saya memilih untuk mengunjungi satu-satunya restoran Korea Utara yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Restoran ini mula menjadi tumpuan ekoran pembunuhan Jong-nam.

Saya membuat keputusan untuk ke restoran Korea Utara itu apabila ketegangan antara Malaysia dan negara berkenaan memuncak dengan dutanya di sini, Kang Chol diberi tempoh 48 jam untuk keluar dari negara ini.

Bagi mengelakkan syak wasangka, saya ke restoran itu dengan seorang rakan wartawan dan kami berpakaian kasual tanpa membawa sebarang benda yang boleh mendedahkan kerjaya kami.

Restoran ini sebuah banglo yang diubah suai dan kami perlu melalui pondok pengawal untuk masuk ke restoran. Nampak gayanya pengawal itu tidak selesa dengan kehadiran kami.

Pelayan wanita mengalu-alukan kedatangan kami. Memandang wajah mereka saya berasa mereka semacam cemas melihat rakyat Malaysia.

Baca: Restoran Pyongyang ‘Lubuk’ Ejen Korea Utara 20 Tahun

Hairan sungguh kerana mereka yang pada mulanya tersenyum dan mesra seperti sudah tidak suka melayan kami. Apa yang agaknya menyebabkan perubahan sikap mereka? Apakah mereka tahu kami menyamar untuk mengintip tempat mereka?

Saya dan rakan saya berasa tidak selesa tetapi berpura-pura seolah-olah kami datang mahu mencuba makanan Korea Utara yang sedap.

Selepas meneliti menu, kami memesan makanan iaitu “yukgaejang” (sup daging pedas dengan sayuran), ayam goreng berlada Korea Utara, kimchi (jeruk sayur) dan lempeng Korea Utara serta minuman teh hijau.

Makanan yang dihidangkan boleh tahan juga sedapnya dan sambil makan mata saya memandang keliling saya dan ternampak satu notis yang berbunyi “No Pictures Please, We Are Shy”.

Terdapat juga sebuah peti televisyen yang menyiarkan persembahan hiburan Korea Utara. Terdapat 12 meja dalam restoran yang cantik juga hiasan dalamannya.

Saya perhatikan di atas setiap meja, ada bolong pendingin hawa, mengapa agaknya? Apakah ada kamera disembunyikan di dalamnya?

Selain kami, ada beberapa orang pengunjung lain, mungkin rakyat Korea Utara atau Korea Selatan dan seorang “Mat Salleh”.

Kami menghabiskan sekitar 90 minit di restoran itu dan terasa seakan diperhatikan.

Saya dan rakan saya turut beranggapan perbualan kami dirakam menerusi peranti yang mungkin dipasang di bawah meja. Hendak saja saya memanjangkan tangan di bawah meja untuk mencari peranti itu.


Apabila saya mahu ke bilik air, saya berasa seperti ada orang mengekori saya.

Apa yang membuatkan kami berasa seakan diperhatikan atau diekori? Apakah kami mungkin mengalami paranoia kerana pernah membaca corak kehidupan rakyat Korea Utara dan tindakan kejam rejim negara itu menghukum penentangnya tanpa belas kasihan.

Saya yakin pelayan wanita di restoran Korea Utara itu mempunyai sebab untuk berasa sangsi terhadap kami kerana mereka semua dididik yang orang lain semuanya berpotensi menjadi musuh.

Baca: Kim Jong-un Senyum Ketawa Tahu Abangnya Mati

Lagi pun, bukan mudah untuk rakyat Korea Utara keluar dari negara mereka. Rejim komunis yang memerintah Korea Utara mengenakan peraturan ketat ke atas warganegaranya dan memantau pergerakan mereka.

Di Korea Utara, sekiranya warganegara mereka mahu melakukan perjalanan ke daerah yang lain, walaupun jaraknya hanya 20 kilometer, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak keselamatan.

Kebanyakan mereka yang diberi kebenaran ke luar negara adalah untuk berkhidmat demi negara termasuk untuk tujuan pengintipan.

Lalu saya terfikir tentang sekitar 1,000 rakyat Korea Utara yang dilaporkan berada di Malaysia? Sudah tentu pelayan wanita itu adalah antara mereka itu.

Apabila pelayan wanita restoran itu datang ke meja kami, saya bersahaja bertanya sama ada dia dari Korea Utara atau Korea Selatan.

Pelayan itu dengan suara yang lembut dan dengan bahasa Inggeris yang lancar menjawab, “Saya dari Korea Utara, dari Pyongyang.”

Di sebalik kelembutan suara dan wajahnya yang menawan, saya rasa pelayan itu berpura-pura dengan aksinya.

Sedang penulis berfikir panjang tentang pelayan itu, terdengar suara rakan saya bertanya kepada pelayan itu tentang pandangannya tentang keputusan kerajaan Malaysia menyekat rakyat Korea Utara meninggalkan negara ini.

“Habislah mereka akan tahu rahsia kami,” bisik hati penulis.

“Kami ok di sini,” jawabnya ringkas sambil berjalan pergi. Spontan saya dan rakan saya bangkit dari kerusi kami dan segera beredar selepas membayar bil.

Apa yang saya pelajari daripada pengalaman di restoran itu, seperti yang saya jangka, rakyat Korea Utara memang sentiasa sangsi dengan setiap orang di sekeliling mereka.

Saya memang belum pernah ke Korea Utara tetapi saya yakin daripada sikap mereka yang saya jumpa di restoran itu, saya sudah boleh agak bagaimana layanan yang akan diberikan kepada orang asing yang melancong ke sana. – BERNAMA

Kategori