Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peminat ‘Histeria’ Dengan Rambut...

AHLI kumpulan One Direction (1D), Harry Styles mencetuskan 'histeria' dalam kalangan peminat setianya...

Bekas Presiden Peru Alan...

LIMA - Bekas Presiden Peru Alan Garcia Perez yang berkhidmat dari tahun 1985...

‘Saya Hendak Kahwin 4...

KAMI pasti ramai yang sudah meluat dan menyampah dengan kenyataan demi kenyataan yang...

Pasport Malaysia Ke-6 Paling...

HEBAT... Pasport Malaysia Antarabangsa kini berada pada kedudukan keenam 'paling berkuasa' di dunia,...

Mexico, Kanada & AS Cadang Bida Piala Dunia 2026

BANDAR RAYA MEXICO – Buat julung kali dalam sejarah, Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) merancang bersama-sama membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026.

Hasrat itu disahkan seorang pegawai kanan Persekutuan Gabungan Persatuan Bolasepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (Concacaf) pada Khamis.

“Kanada, AS dan Mexico berhasrat melakukan bidaan secara bersama. Perbincangan berterusan masih dilakukan dan ia satu cadangan menarik jika berjaya membuahkan hasil,” kata Presiden Concacaf, Victor Montagliani kepada Guardian menjelang kongres tahunan Concacaf.

Menurut Montagliani, tiga buah negara berkenaan malah telah bekerjasama dengan baik.

“Tiada apa yang boleh diperkatakan melainkan kami berpandangan positif mengenainya dan ia sekali gus menjadi tanda yang kukuh bahawa bola sepak boleh membawa pelbagai negara bersatu,” katanya.

FIFA mula menjalankan proses bidaan baharu bagi penganjuran Piala Dunia 2026 pada 2016. Ini bermakna bidaan dijangka diadakan mulai Jun 2017 hingga Disember 2018.


Semua tawaran akan dinilai FIFA sehingga Febuari 2020 sebelum membuat sebarang keputusan mengenai negara yang berjaya dijadual pada Mei 2020.

Menurut Guardian bidaan Concacaf mungkin menjadi pilihan untuk memenangi hak sebagai penganjur memandangkan langkah itu tidak dilakukan sejak Piala Dunia 1994 di AS. – BERNAMA

Kategori