Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PM Setuju, Kamu Sibuk...

AYER KEROH - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mempertikaikan keputusannya untuk...

Isu Gaduh Siber, Kiera...

SELALUNYA hari Ahad merupakan hari berehat dan bersenang-lenang di rumah tanpa sebarang gangguan....

Sudah Ada Persefahaman, DAP...

KUALA LUMPUR : Hingga kini belum ada keputusan dibuat mengenai siapa calon Ketua...

Erin Malek Selamat Bersalin...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Erin Malek dan suaminya, Mohamed Fariz yang selamat menimang...

MIFA Tidak Maafkan Pemain Atur Perlawanan

KUALA LUMPUR – Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) tidak memaafkan amalan mengatur keputusan perlawanan oleh sesiapa di bawah mereka yang jelas bertentangan dengan integriti dan ketelusan.

Presiden MIFA, Datuk T. Mohan berkata persatuan itu tidak akan campur tangan dalam siasatan ke atas tiga pemain mereka yang didakwa terbabit mengatur perlawanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sebagai Presiden MIFA, saya ingin tegaskan sekali lagi pendirian persatuan ini tidak pernah ragu-ragu mengekalkan standard tinggi ke atas integriti dan ketelusan dalam pengurusan pasukan.

“Komitmen MIFA dalam sukan khususnya bola sepak akan sentiasa konsisten dengan amalan terbaik sukan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohan, MIFA mendapat tahu kemungkinan beberapa pemain dipengaruhi faktor luar untuk menentukan keputusan perlawanan.

Berikutan itu, katanya MIFA telah melantik jawatankuasa bebas menyiasat dakwaan tersebut dan hasil penemuan yang diperoleh daripada jawatankuasa berkenaan dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Laporan hari ini adalah hasil tindakan itu,” katanya. Tiga pemain pasukan MISC-MIFA ditahan kerana dipercayai menerima suapan untuk mengatur perlawanan dalam Liga Perdana.


Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga pemain berusia antara 26 dan 27 tahun itu dipercayai menerima sekitar RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie dan mereka ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu.

Sebagai rekod, pasukan MISC-MIFA layak secara automatik ke Liga Perdana pada 2017 selepas mereka mara ke perlawanan akhir Piala FAM 2016. – BERNAMA

Kategori