Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jual Dara Untuk Selamatkan...

HANGZOU (China) - Seorang pelajar perempuan di sini cuba menjual dara kerana terlalu...

N.Sembilan Tak Perkenal Dasar...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan perkenalkan dasar baharu pada tahun ini...

PU Sendayan Bawa Transformasi...

SEREMBAN – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pangkalan Udara (PU)...

Rakaman CCTV Hotel, Laporan...

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan...

Mikail Andre Pindah Ke Langkawi Ikut Isteri

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Mikail Andre dan isteri, Siti Nur Aima Fauzi yang selamat diijabkabulkan di kediaman keluarga pengantin perempuan, di Alor Setar, Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan adik kepada pelakon  Pierre Andre ini mengakui bakal berpindah ke Langkawi, Kedah bagi bersama dengan isterinya yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej di pulau tersebut.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat susulan tanggungjawabnya sebagai suami dan berasa lebih tenang selepas diijabkabulkan.

Siti Nur Aima menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM14,000, termasuk lima bekas hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Pelakon berusia 24 tahun ini juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali berlakon dan menduduki kerusi pengarah biarpun selepas bergelar suami.


Katanya, dia tiada masalah untuk berulang alik Kuala Lumpur-Langkawi kerana percaya rezeki dalam bidang seni sentiasa ada.

Semalam, satu majlis resepsi berlangsung di Kelab Diraja Kedah dihadiri ahli keluarga dan sahabat kedua-dua pengantin. – MYNEWSHUB.CC

Kategori