Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Dah Ready Jihan Beranak...

MINGGU terakhir bagi konsert Gegar Vaganza 4, bermakna sudah hampir tiba masanya untuk...

Lelaki Bogel Cuba Ceroboh...

KUCHING - Seorang lelaki berusia 21 tahun teruk dibelasah oleh orang awam gara-gara...

FBI Siasat Motif Lelaki...

SAN FRANCISCO - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) hari ini menyiasat punca yang mendorong...

Jenazah Pelajar Malaysia Dipindahkan...

KUALA LUMPUR - Tiga jenazah pelajar Malaysia di Jordan yang terkorban dalam kemalangan...

Modenas Akan Umum Rakan Kerjasama Strategik

SHAH ALAM – Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd(Modenas) yang juga unit DRB-HICOM Bhd, sudah mengenal pasti satu rakan strategik bagi membantunya memperkukuh usaha menembusi pasaran motosikal, memanfaatkan kilang pengeluaran di Gurun, Kedah selain memacu kemampuan eksportnya.

Malah, Ketua Pegawai Operasi Pengedaran Automotif, Pembuatan dan Kejuruteraan Automotif DRB-HICOM, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata syarikat itu juga sudah berbincang secara tertutup dengan rakan strategik itu.

“Kami sudah memuktamadkan (kerjasama strategik), tetapi saya tidak akan mengulas lanjut hari ini. Pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat pada tahun ini,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Harith berkata rakan strategik itu akan turut membantu Modenas mengeluarkan model-model baharu.

“Aspek ini yang kami utamakan menerusi kerjasama ini,” katanya.

Namun, katanya, kerjasama itu akan diperhalusi dan ditambah baik sebelum diumumkan secara rasmi.

Beliau menyifatkan kerjasama strategik itu sebagai detik perubahan bagi Modenas menembusi pasaran motosikal, mengukuhkan kehadiran serta memaksimumkan kilang pengeluaran di Gurun yang mampu mengeluarkan 120,000 unit motosikal.


“Ini sejajar usaha memanfaatkan potensi pertumbuhan pasaran baharu yang kita sasarkan. Ia boleh dilakukan tanpa sebarang pelaburan besar, sebaliknya (hanya) melibatkan pembangunan model,” katanya.

Abdul Harith berkata pihaknya mempunyai perancangan besar untuk Modenas, termasuk program-program eksport dengan rakan strategik baharu.

“Kami perlukan rakan strategik yang memiliki (kelebihan) pasaran dan teknologi bagi membolehkan kerjasama ini dijalankan.

“Kami juga perlu terbabit dengan pihak yang sedia untuk bekerjasama. Ini kerana kami sudah ada lokasi pasaran, asas jualan dan perkkongsian platform teknologi yang tidak memerlukan perbelanjaan besar,” katanya. – BERNAMA

Kategori