Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Seorang Guru, 3 Pelajar...

KUALA LIPIS - Seorang guru dan tiga pelajar cedera apabila kereta yang mereka...

“Pandikar Malukan Saya, Beri...

KUALA LUMPUR - "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah...

ESSCom Pantau Gerakan Kongsi...

LAHAD DATU - Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang memantau...

Lembaga Penyiasat TUDM Akan...

SEBERANG JAYA - Lembaga penyiasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan siasatan...

‘Mowgli’ Mungkin Sudah Temui Keluarga Kandung

SEBUAH keluarga mendakwa kanak-kanak perempuan yang ditemui hidup bersama sekumpulan monyet di dalam hutan di Uttar Pradesh dan digelar `Mowgli perempuan’ merupakan anak mereka.

Ramzan Ali Shah, 45, dan isterinya Nazma, 35, mendakwa kanak-kanak itu hilang dari pasar ketika mereka sedang membeli barang pada 28 Mac tahun lepas.

Selepas melihat gambar kanak-kanak terbabit di dalam surat khabar, mereka telah melawat kanak-kanak itu yang kini ditempatkan di rumah kebajikan.

Mereka bagaimanapun perlu menjalani ujian DNA bagi menentukan sama ada kanak-kanak terbabit mempunyai pertalian darah dengan mereka.

'Mowgli' Mungkin Sudah Temui Keluarga Kandung

“Dia adalah anak saya yang hilang pada tahun lepas. Kami telah melakukan segala-galanya untuk mencarinya. Kami laporkan pada polis dan edarkan gambar tetapi tiada yang membantu.

“Kami sangkakan dia telah meninggal dunia,” kata Ramzan.


Laporan sebelum ini menyebut kanak-kanak itu kemungkinan telah dibuang oleh keluarganya dan dibesarkan oleh monyet di dalam hutan simpan terpencil di Bahraich.

Kanak-kanak itu dipercayai berusia lapan tahun dan tidak boleh bercakap atau berjalan seperti manusia biasa, tidak ubah seperti kisah dalam novel klasik The Jungle Book.

Usaha mengesan identitinya kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori