Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sabah Acuan Terbaik Konsep...

KENINGAU - Sabah merupakan contoh terbaik acuan konsep 1Malaysia di negara ini, kata...

Satu Mayat Nelayan Dari...

KUANTAN - Satu mayat daripada enam krew yang hilang selepas bot tunda mereka...

QZ8501: Usaha Bawa Naik...

PANGKALAN BUN - Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang...

Bapa Bimbang Anak Diculik...

KEVIN Gosden hanya mampu menatap gambar anak lelakinya, Andrew, selepas budak lelaki berusia...

Malaysia Tidak Letak Harapan Tinggi Berdepan Jepun

IPOH – Skuad negara tidak meletakkan harapan tinggi pada aksi pertama menentang Jepun pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah 2017 di sini, malam esok.

Sambil mengakui bakal berdepan tugas getir bertemu Jepun, jurulatih negara​​​​ Stephen Van Huizen, bagaimanapun percaya anak buahnya mampu menampilkan prestasi terbaik pada perlawanan itu yang akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.

“Kami jangkakan perlawanan yang menarik esok. Kami sedar bakal berdepan tugas sukar​​​​ apabila melihat di video beberapa aksi bertemu Jepun sebelum ini. Kami menghomati kemampuan mereka.

“Namun, kita akan berusaha memperbaiki pencapaian pada tahun lepas apabila menduduki tempat keempat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Kapten pasukan Mohd Shukri Abdul Mutalib berkata Malaysia mempunyai kelebihan untuk mencatat kemenangan pada perlawanan menentang Jepun kerana beraksi di halaman sendiri.

“Kita tahu kelemahan mereka, begitu juga mereka, dan masing-masing mempunyai kekuatan. Saya yakin rakan-rakan akan berusaha meraih kemenangan dalam perlawanan esok,” katanya.


Sementara itu, pengarah kejohanan Josh Burt berkata teknologi rujukan video yang akan membenarkan pemain mencabar keputusan dibuat oleh pengadil akan digunakan buat kali pertama pada kejohanan itu kali ini.

“Keputusan itu (menggunakan teknologi rujukan video) telah dibuat oleh Konfederasi Hoki Malaysia, dan telah diperkenalkan semasa Liga Hoki Wanita Dunia Pusingan Kedua yang berlangsung di negara ini.

“Dengan teknologi ini, pemain boleh merujuk terhadap sesuatu keputusan itu jika mereka merasakan ia tidak tepat atau pengadil terlepas sesuatu. Jika rujukan mereka tidak betul, mereka akan kehilangan (peluang membuat satu lagi) rujukan. Namun jika rujukan mereka tepat, mereka berpeluang berbuat lagi,” katanya.

Ditanya berhubung keadaan cuaca buruk berikutan ribut petir di Ipoh sejak lebih seminggu yang lalu, beliau berkata situasi itu yang menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda akan menimbulkan masalah kepada penganjur, pasukan dan juga penonton. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

Kategori