Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anwar Dibenar Hadiri Pendengaran...

PUTRAJAYA - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani...

Dua Pelabur China Berminat...

NANNING - Minat pelabur China untuk melabur di Malaysia terus meningkat dengan dua...

Zazuli KP Baharu Kastam

Kuala Lumpur : Teka-teki berhubung jawatan nombor satu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)...

Petani Disaran Tanam Kelapa...

ARAU - Golongan petani, terutamanya yang mengusahakan tanaman padi, disaran agar menanam pokok...

MTPNK Siasat Dakwaan Mangsa Tercicir Bantuan RKB

JELI – Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) akan menyiasat dakwaan bahawa masih terdapat mangsa banjir 2014 yang belum mendapat bantuan Rumah Kekal Baharu (RKB) di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebelum ini, jawatankuasa bencana di peringkat pusat dan negeri telah melakukan bancian terhadap mangsa bencana tersebut namun kini timbul pula isu terdapat beberapa mangsa yang masih gagal mendapatkan RKB.

“Kami akan melakukan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh beberapa individu berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pengindahan Landskap Masjid Sultan Muhammad 1 di sini hari ini.

Beliau berkata masalah berkenaan timbul kerana mungkin ada segelintir mangsa yang tidak berpuas hati dengan pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan bancian.


“Jawatankuasa bencana merasakan hal ini telah selesai dan fail telah ditutup sejak setahun lepas, namun selepas ada laporan-laporan ini kita akan buka semula fail. Kita akan selesaikan masalah ini dengan baik,” katanya. – BERNAMA

Kategori