Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Najib Lancar Pendaftaran UMNO...

Seperti mana yang dijanjikan beliau dalam Taklimat Tertutup Presiden UMNO ketika Perhimpunan Agung...

JDT Kembali Ke Puncak...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menerajui...

PRK: BN Kekal Tanjung...

LUNDU - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu...

Ustaz Didakwa Cabul 3...

Tawau: Seorang ustaz sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini,...

Mufti Johor Stabil, Dirawat Kerana Kurang Sihat

JOHOR BAHRU – Mufti negeri Datuk Mohd Tahrir Samsudin dimasukkan ke sebuah hospital swasta dekat sini selepas dipercayai tidak sihat sebaik selesai menghadiri sebuah majlis di Mersing petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Abd Mutalip Abd Rahim yang mengesahkan perkara itu berkata bagaimanapun Mohd Tahrir kini berada dalam keadaan sihat dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

“Jantung beliau stabil cuma kurang rehat,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Terdahulu Abd Mutalip turut mengesahkan ada melawat mufti tersebut di hospital berkenaan.


Semalam, kisah dan gambar Mohd Tahrir yang didakwa diserang sakit jantung menjadi viral dalam media sosial dan aplikasi WhatsApp. – BERNAMA

Kategori